Azam 2017

Ha, gitu. Dah lama tak tulis azam kan. Tahun ni rasa nak tulis 😉

  1. Nak mengaji Al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya satu muka.
  2. Nak solat fardu lima waktu ada awal waktu.
  3. Nak hafaz keseluruhan juzuk 30 Al-Quran.
  4. Nak bersenam semula. Sasaran empat hari seminggu, setiap kali paling kurang 30 minit. Buatlah apa-apa untuk keluarkan peluh – kemas rumah pun OK.
  5. Nak siapkan draf pertama Menjejak Rindu. Sekarang dah bab 25. Sasaran 35 bab. Sikit lagi! 10 bab saja lagi!
  6. Nak capai sasaran Goodreads Reading Challenge 50 buku dalam setahun – maka, setiap bulan perlu habiskan baca sekurang-kurangnya 5 buku. Maknanya, 1 buku seminggu.
  7. Nak melipatgandakan usaha untuk zuriat sulung.
  8. Nak pergi Festival Penulis Melbourne bulan Ogos 2017.
  9. Nak menulis di blog setiap hari 😀

Kalian nak buat apa tahun 2017 ni?

(Kalau ada yang dah baca senarai ni versi awal, ya aku ada ubah sikit. Tak kuasa nak bagi too much information. Hahaha!)

Advertisements

Ramadan. Sekali lagi.

Alhamdulillah. Umur dipanjangkan lagi untuk menemui 1 Ramadan 1436H.

Tidak semua mendapat peluang ini. Yang terlepas, cuma tahu menghargai apabila peluang itu sudah terlepas. Yang mensia-siakan, hanya doa yang mampu dipohon agar petunjuk turun daripada Pencipta dan kesedaran mengatasi nafsu yang bermaharajalela.

Aku banyak ada beberapa azam senyap tahun ini, sempena Ramadan. Disebabkan namanya pun azam senyap, biarlah ia kekal dalam sudut hati. Sekadar mohon doa kalian yang membaca, biar aku berjaya mencapai semua yang diazamkan dengan cemerlang. Jangan risau, semua azam ini yang baik-baik jadi kalian mendoakan kejayaan perkara baik 😀

(Sebut-sebut azam, teringat tuan presiden alumni sekarang. Namanya Azam juga. Huhuhu.)

Aku nak cerita panjang-panjang atau ilmiah sangat tentang Ramadan, rasanya semua lebih tahu di mana mahu cari sumbernya. Zaman sekarang bukan wajib pergi perpustakaan pinjam buku atau pergi kedai buku beli buku, jika mahu tahu asas serba sedikit sesuatu perkara. Google je, bak kata budak zaman sekarang.

Apapun, memang boleh gelintar enjin pencarian untuk dapatkan maklumat, tapi harus kita faham, maklumat yang kita dapat bukan 100% bermakna pengetahuan yang tepat. Maklumat berubah menjadi ilmu dan pengetahuan apabila kita faham isi dan kesannya. Nak faham ni bukan automatik. Perlu ada sokongan pengalaman dan panduan daripada guru. Nah, guru yang sama kategori macam kita – manusia.

Apa aku nak cakap sebenarnya? Aku nak bagitau, jangan anggap diri dah pakar kalau setakat dapat maklumat daripada enjin pencarian dan melalui pembacaan artikel/petikan buku. Pemahaman memerlukan panduan manusia lain yang lebih arif dan sudah lebih lama belajar. Ya, tolonglah mengaku yang kita manusia perlukan manusia lain untuk mengajar kita.

Kesimpulannya, jangan memandai tak tentu hala. BELAJAR DAN BERGURU.

Sekian, terima kasih.

March on, march left and right!

Did you get the pun above? Yes? No? Okay, whatever 😉

It’s the third month of the year. Day 62 / 364 (yes, minus one day this year because we do not have 29 Feb). What’s achieved? What’s ongoing? What’s pending?

Now I just realised that we seldom stop, take a deep breath and smile for things that we have achieved on a daily basis. Come on… if we have not achieved anything, how do we live on a daily basis? Non-stop, always ongoing?

For example, yesterday, I achieved a completion of one job, a 20-odd-page document translation. I also finalized the short story to be included in the song-inspired short story project. Just waiting for my two buddies to finalize theirs so we can send them in together. I also re-open the TnG order in the school group.

I need to think of these, otherwise I’d go crazy over the things that are still ongoing! Haha!