20 Ramadan 1436H.

Pejam celik, pejam celik, Ramadan tahun empat belas tiga puluh enam hijrah sampai ke sepertiga akhirnya. Malam ke dua puluh menjengah. Tiada terlewat, tiada terawal barang sesaat pun.

Hati ini sayu. Teramat sayu. Hanya mampu meratib kalimah memuji Yang Maha Suci, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Esa dan Yang Maha Besar. Ada halangan tabii untuk mengangkat takbiratul ihram, rukuk dan sujud menghadap Dia sebagaimana biasa. Sedang hal itu juga daripada Dia, maka tidaklah aku menyesal atau sedih akan keadaan berhikmah itu. Sekadar menyatakan kesayuan dan mengharapkan pembaca memahami, tidak menghakimi.

Bercakap tentang menghakimi.

Ramadan kali ini, suasana sekitar media sosial negara ibarat berada dalam kancah peperangan. Pelbagai isu hangat menaikkan kemarahan dan membangkitkan reaksi rakyat jelata. Hal ekonomi, politik dan sosial, asas umumnya.

Ekonomi – harga keperluan asas yang melambung naik dengan alasan Gee Es Tee. Nilai mata wang yang merudum, menggugat kestabilan Ringgit berbanding mata wang lain seterusnya menggugat kos para peniaga yang beraksi di pentas niaga antarabangsa.

Politik – kepala negara terus-terusan dilanda isu yang semakin memburukkan persepsi rakyat pada kewibawaan dan peribadinya. Terkini, hal ehwal konsortium yang berhutang sini sana didakwa ‘penyiasatan’ ada melibatkan pula pemindahan wang dana dari luar masuk ke kantung peribadinya yang pelbagai bank dan pelbagai negara. (Wah… aku ibarat membaca buku cerita thriller kewangan negara barat!) 

Sosial – Malu sebenarnya hendak disebut. Cuma perasan malu itu ibarat konsep yang asing dan hampir tidak wujud lagi zaman ini. Semua ‘tengkorak dalam almari’ dimuntahkan keluar dalam halaman media sosial tanpa segan silu. Yang dipanggil adab dan common sense kelihatan hampir pupus.

Yang mengikat semua kebejatan ini? Penyakit hati semua manusia yang menghuni negara. Terdedah satu demi satu, kebobrokan jiwa dan minda setiap seorang daripada kita yang mengaku manusia. Semua caci maki, kejian dan hinaan, ditaip di skrin dan ditekan Send tanpa mengira pandangan lain.

Aku bebas sampaikan apa yang aku fikir dan rasa, pedulikan budi bahasa, pedulikan kesopanan dan kesusilaan, pedulikan rukun hidup bermasyarakat! Semuanya aku, aku dan aku, serta sesiapa yang sealiran menyokong pemikiran aku. Others be damned!

Apa? Salah pandangan aku tu? Peduli apa aku, ini blog aku. Jadi suka hati aku hendak cakap atau tulis apa yang aku nak. Kau jangan sibuk-sibuk, pergi main jauh-jauh. Ataupun bahasa mayanya, kalau tak suka baca, klik X bahagian atas kanan skrin!

Diam.

Fikir semula.

Ini kaedahnya dunia sudah semakin terbalik. Konsep asalnya fikir sebelum taip. Konsep sekarang, fikir selepas taip. Kemudian tambah kerja, buat damage control. Ataupun tambah kerja cara continue on the offensive. I am wrong, but hell freezes over before I admit my mistakes. So, continue being offensive to others and be offended by others, and I will be happy.

Does it even matter nowadays, anyway, being happy? Or is being seen or being noticed is the most important thing of all, regardless of the reason?

Dunia ini semakin letih, barangkali. Aku ikut letih bersama cerita dunia. Mungkin inilah asal-usul peribahasa penjajah, ignorance is bliss.

Hanya saja, aku manusia yang masih tidak mampu menutup mata dan menekup telinga menghalang kebisingan ini daripada terus menerpa minda dan jiwa. Aku masih aku yang dahulu; aku terlalu kisah dan terlalu rasa. Aku cuma mampu mengawal dengan menghalakan pengkisahan dan perasaan ini kepada yang lebih berhak menerimanya.

On a slightly unrelated note.

Dia muncul dalam mimpi aku semalam. Aku tidak pasti apa tandanya. Naluri awal menyuruh aku menegur kembali dan meminta maaf sebelum perjalanan Ogos/September ini.

Hanya saja aku sedar kemampuan diri. Aku masih ingat kata-kata di radio, “orang yang meminta maaf ialah orang yang berani, dan orang yang memaafkan ialah orang yang kuat.” 

Aku belum berani, dan aku belum cukup kuat.

Allah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s