Ramadan. Sekali lagi.

Alhamdulillah. Umur dipanjangkan lagi untuk menemui 1 Ramadan 1436H.

Tidak semua mendapat peluang ini. Yang terlepas, cuma tahu menghargai apabila peluang itu sudah terlepas. Yang mensia-siakan, hanya doa yang mampu dipohon agar petunjuk turun daripada Pencipta dan kesedaran mengatasi nafsu yang bermaharajalela.

Aku banyak ada beberapa azam senyap tahun ini, sempena Ramadan. Disebabkan namanya pun azam senyap, biarlah ia kekal dalam sudut hati. Sekadar mohon doa kalian yang membaca, biar aku berjaya mencapai semua yang diazamkan dengan cemerlang. Jangan risau, semua azam ini yang baik-baik jadi kalian mendoakan kejayaan perkara baik 😀

(Sebut-sebut azam, teringat tuan presiden alumni sekarang. Namanya Azam juga. Huhuhu.)

Aku nak cerita panjang-panjang atau ilmiah sangat tentang Ramadan, rasanya semua lebih tahu di mana mahu cari sumbernya. Zaman sekarang bukan wajib pergi perpustakaan pinjam buku atau pergi kedai buku beli buku, jika mahu tahu asas serba sedikit sesuatu perkara. Google je, bak kata budak zaman sekarang.

Apapun, memang boleh gelintar enjin pencarian untuk dapatkan maklumat, tapi harus kita faham, maklumat yang kita dapat bukan 100% bermakna pengetahuan yang tepat. Maklumat berubah menjadi ilmu dan pengetahuan apabila kita faham isi dan kesannya. Nak faham ni bukan automatik. Perlu ada sokongan pengalaman dan panduan daripada guru. Nah, guru yang sama kategori macam kita – manusia.

Apa aku nak cakap sebenarnya? Aku nak bagitau, jangan anggap diri dah pakar kalau setakat dapat maklumat daripada enjin pencarian dan melalui pembacaan artikel/petikan buku. Pemahaman memerlukan panduan manusia lain yang lebih arif dan sudah lebih lama belajar. Ya, tolonglah mengaku yang kita manusia perlukan manusia lain untuk mengajar kita.

Kesimpulannya, jangan memandai tak tentu hala. BELAJAR DAN BERGURU.

Sekian, terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s