Kadang-kadang,

kita rasa kita sentiasa betul. Salah tu.

Kadang-kadang kita juga akan rasa kita sentiasa salah. Itu pun tak betul tu!

Semua urusan dunia, Insya-Allah, boleh dibawa berbincang. Urusan akhirat, Allah dah tentukan lamaaa dulu cara mempermudahkan. Tinggal kita nak cari, fahamkan dan gunakan. Yang ini ada bataslah, tak boleh direka dicipta sesuka hati. Tiba-tiba memandai nak jadi sama tahap dengan Pencipta, betul ke seberani tu? Hidup sendiri pun bergantung pada Dia, nak jadi Dia? Jangan, kawan, jangan… berbahaya tu!

Zaman sekarang ni, zaman yang dipenuhi cabaran, dugaan dan pelbagai ‘memandai-mandai’ yang baru. Kadang-kadang, orang akan buat kita rasa lembab, bodoh, ketinggalan zaman… macam-macam lagilah yang tak sedap dibaca atau didengar… apabila kita memilih untuk berhati-hati dan ikut peraturan yang ada.

Jangan bimbang atau rasa down. Hidup kita, pilihan kita. Yang penting, kita perlu tahu dan faham sebab musabab kita pilih untuk buat sesuatu, atau berada dalam kelompok yang menyokong atau membantah sesuatu. Cuma… kalau kita pilih sesuatu pendirian atas alasan malas nak fikir, ikut jelah orang keliling yang ramai pasti selamat… ha, alamatnya memang nak ‘selamat’ la kena bahan. Alasan tu memang – maaf cakap – meletakkan kita dalam kebodohan.

Zaman arus deras ni, kita tiada pilihan untuk hidup bermalas-malas dan mengikut-ikut. Sebenarnya pilihan tu tak pernah patut ada pun dalam kamus hidup manusia, tapi iyalah hidup penuh ilusi. Yang perlu ada dalam diri seorang manusia sebenar – rajin dan sabar.

Sungguh. Kita bukan perlu jadi ketua negara, ulama terkenal, taiko bisnes atau selebriti pun, baru kena ada dua sikap ni. Ada dua sikap ni, penuh keperluan minimum untuk jadi manusia Insya-Allah. Dah kita dilahirkan sebagai manusia dan akan mati sebagai manusia, apa hal pulak sementara tu kita nak jadi selain manusia?

Ingatkan diri sendiri juga ni. Suka benar terikut-ikut nafsu malas dan cepat marah. Bawa bertenang… tarik nafas, dan hembus nafas. Dah, jom kita merajinkan dan menyabarkan diri. Jadi manusia.

Insya-Allah.

🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s