Surat dah sampai.

Zaman dulu… duluuu… masa tak ada e-mel, SMS, WhatsApp, FB dan segala macam mak nenek yang dikategorikan sebagai media sosial … encik posmen adalah insan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua insan yang suka bersosial.

Encik Posmen, sebagai seorang manusia, sebenarnya amat berkuasa. Dia pembawa khabar berita. Dia penyampai bingkisan pesanan antara dua hati. Dia pemegang amanah yang dihantar daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Harta khazanah yang dia bawa boleh mewujudkan seribu satu perasaan. Gembira, sedih, teruja, kecewa, bersemangat, ketakutan… kau sebutlah apa nama perasaan itu? Dia boleh mewujudkannya, sekadar melalui sampul yang disumbat masuk ke dalam peti surat.

Sekarang, encik posmen masih berperanan menjadi semua di atas. Tetapi isi kantung motornya sudah jauh lebih ringan berbanding 15-20 tahun dahulu. Majoriti kertas yang dipegangnya hanya bil, saman, cukai, tuntutan hutang… semuanya yang hanya membawa mendung dalam pandangan dan beban dalam fikiran.

Apa pun, hari ini surat yang disampaikan oleh encik posmen ke peti surat aku membawa khabar berita gembira. Berita yang menimbulkan sejuta rasa. Tak percaya… gembira… sebak… emosi. Emosi, sebenar-benar emosi.

Walaupun sudah mengetahui berita ini akan tiba, tetapi pengetahuan itu tidak dapat melawan perasaan apabila surat itu betul-betul berada dalam pegangan. Apabila kata-kata yang ditaip terpampang pada pandangan.

Dua huruf. Taa-k. Haa-k (pedas).

Segala puji hanya bagi-Mu, Ya Allah. Alhamdulillah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s