September sudah berakhir, tragedi Oktober tinggal mimpi,

kini November menjelma lagi.

Sememangnya November musim hujan. Mungkin kugiran Senapang dan Mawar mendapat ilham lagu malar segar mereka semasa singgah di Malaysia dalam pusingan konsert dunia? Wallahua’lam. Pelik-pelik juga kan, apa yang terkeluar daripada minda apabila kita membenarkannya?

Pejam celik pejam celik, sudah genap setahun berlalu sejak aku mengambil keputusan meninggalkan dunia korporat dan bergerak mencari rezeki dari rumah. Setahun yang penuh cerita, warna-warni penyesuaian diri dan cabaran menjadi wanita domestik (yang sejujurnya, belum dihayati sepenuhnya).

Merenung kembali setahun yang berlalu, aku fikir kerjaya baru yang aku ceburi sebagai penterjemah dan penulis kreatif bebas, secara relatifnya, bermula dengan baik. Dua certot diterbitkan dalam dua buku kompilasi lima puluh penulis. Tugas penterjemahan menjengah hampir setiap minggu, membantu pembiayaan keperluan harian dan komitmen bulanan, yang sebenarnya berpaksikan hasil simpanan satu dekad. Novel sulung masih dalam pembikinan, jauh lagi titik penamatnya, tetapi sudah bergerak bilangan halamannya dari satu digit ke tiga digit, berbanding empat tahun sebelumnya saat perkataan pertama ditaip. Yang paling penting, aku mampu mengutamakan keperluan keluarga berbanding majikan.

Kesimpulannya, Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Tahun pertama yang positif dan mendatangkan kemudahan dan kebahagiaan.

Realitinya, kedudukan kewangan jauh lebih goyah dan tidak menentu, berbanding bekerja makan gaji. Sesekali ketakutan menerjah hati dan fikiran, mengenangkan kesusutan helaian warna-warni yang digunakan sebagai medium mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Namun ketakutan itu aku senyapkan dengan kepercayaan sepenuh jiwa dan minda, sesungguhnya Allah Maha Pemberi Rezeki. Dia melimpahkan dan menarik rezeki hamba-Nya semudah Kun Fayakun. Jadi, maka jadilah. Justeru, Dia memberi jalan, ruang dan peluang menjemput berkat-Nya atas rezeki yang diterima.

Sungguh, rezeki sentiasa ada. Rezeki datang dari sumber yang adakalanya tidak diduga. Solat sunat, sedekah, infak, berkongsilah apa sahaja yang ada kerana sebahagian yang kita miliki itu hakikatnya milik orang lain.

Tiada nikmat-Nya yang ingin aku dustakan lagi. Insya-Allah, selagi aku bersama Dia dan bergantung sepenuhnya kepada-Nya, aku sentiasa menjadi orang yang terkaya dalam dunia.

Here’s to a better, another year from home. Insya-Allah 🙂

On another note… I have been seeking and reflecting a lot of the past lately. I don’t really know why. It’s just something I do, almost on reflex. I guess there are unresolved issues within me. I realize that I am still yet to fully forgive myself.

All I can do right now is this – acknowledge the emotion, ride it over and let it wash away. That is all there is to it. Because reliving the past is out of the question, and a step in the wrong direction. I know that, with all my mind and soul. I just need to keep reminding my heart of the fact, in the best way possible.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan bergerak ke hadapan. Jadikanlah masa silam kekal sekadar suatu pemandangan dalam cermin pandang belakang. Buat pedoman dan panduan agar tidak tersasar dalam masa sekarang mahupun masa hadapan. Sungguh, aku tidak mahu kembali ke sana lagi. Aku cuma mahu ke hadapan dan kekal dalam masa sekarang.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk memaafkan diriku sendiri. Aku yang dahulu membentuk aku hari ini, maka aku tidak berniat membuang aku yang dahulu keluar daripada hidupku. Aku hanya mahu aku yang dahulu kekal di tempatnya – di belakang, masa silam, kenangan.

Aku maafkan kamu. Tolong, kekal di tempat kamu dalam kotak kenangan. Aku masih membawa kamu pada hari ini untuk meniti hari esok, tetapi sebagai guru dan pengalaman semata-mata. Aku tidak percaya pada kelahiran semula. Aku hanya percaya dunia dan selepas dunia, akhirat yang abadi.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s