Satu Muharam Empat Belas Tiga Puluh Enam Hijrah

Tahun baru datang lagi.

Dua belas bulan hijrah baru menjelma semula.

Satu tahun lagi untuk menyusun hidup, menyemai bakti, melaburkan saham akhirat – andai diizinkan Tuhan bernafas penuh sepanjang tempoh ini.

Sungguh, kita tidak tahu bila masanya kita akan pulang kepada Dia. Yang seratus peratus pasti, kita akan dipanggil pulang.

Bersediakah kita? Bersedialah. Setiap detik, setiap saat, kita sematkan dalam minda dan hati yang ini semua sementara. Titik persinggahan. Pusat mengumpul bekalan untuk kita meneruskan kehidupan abadi di sana. Selepas dunia.

Tiada daya dan tiada upaya kita, hamba sahaya, melainkan dengan izin Dia. Apapun yang kita lakukan, biarlah atas tujuan kita diciptakan. Untuk beribadah kepada Dia.

Semoga coretan kecil ini juga Dia kira sebagai ibadah kepada Dia, kerana aku tiada tujuan lain melainkan untuk mengingati Dia; dengan ini aku terus dan akan terus menyerahkan seluruh nafas, sekujur tubuh, seisi hati dan seumur hidup mati, kepada Dia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s