Perasaan.

Suatu hari pada minggu lalu, aku sempat berbual maya dengan Cik Art. (Zaman sekarang lebih mudah berbicara melalui WhatsApp dan aplikasi lain yang sewaktu dengannya.). Dia menjenguk ke mari membaca entri terkini serta mengenang blog sendiri yang bersawang 😀

Maka termasuklah cerita betapa blog zaman sekarang sudah tiada ‘jiwa’. Yang terkenal, blog hijabista. Blog pemasaran dan buat duit segera. Orang zaman sekarang meluahkan perasaan dan bercerita soal hati di medan besar. Laman sosial -mukabuku, pengkicau, gram segera, papan notis minat. Blog bebelan senyap dan pemikiran bising yang membebel seorang diri mengharapkan hadirin senyap macam ini, sudah tidak berada dalam zamannya, barangkali 🙂

Pejam celik pejam celik, sudah 12 tahun aku menulis blog. Ini rumah ketiga – rumah pertama dan kedua sudah lama tenggelam dalam insinerator internet. Kalau aku jadi orang yang dikehendaki atau orang terkenal yang dianggap wajar menjadi mangsa hasad dengki, mungkin akan ada pihak yang diupah untuk mengorek dan menimbulkan semula kedua-dua rumah lama aku. Eheh. Entahlah. Pada aku, aku berada di sini dengan mata terbuka dan tahu setahu-tahunya tiada rahsia dalam alam maklumat yang berangkai melalui jaringan lebuh raya super ini.

Jadi, jika ada antara kamu yang menyangka, sebarang isi yang kamu muat naik dalam ruang maya ini rahsia, mari sini aku beritahu dalam bahasa penjajah tanah melayu: wake up and stop smelling the roses in your dreams. Truth hurts, reality bites. Nothing, and I mean nothing, is completely secret out here. Even those things you protect with whatever passwords and encryptions, there will always be someone out there who knows.

Bak kata bahasa pasar: tak payah nak rahsia-rahsia sangat la, derrr….

Hmmm. Apa kaitannya bebelan di atas dengan topik malam ini, tentang perasaan? (Ya, aku membebel tiga setengah perenggan sebagai pembukaan. Kalau bermasalah, tekan butang ‘x’ di bahagian atas kanan tetingkap ini ya 😉 )

Yang namanya perasaan ini, mudah berubah-ubah. Senang turun naik. Ada positif dan ada yang negatif. Ada yang perlu disimpan dalam-dalam dan ada yang perlu diluahkan sebebas-bebasnya.

Kita akan tahu perasaan kita, walaupun kita cuba menafikan. Living in denial, you know? Allah Maha Tahu yang namanya manusia ciptaan Dia ini, apabila sampai soal hati dan perasaan, manusia cepat benar mengalah. Cepat benar rasa susah. Senang sangat berbolak-balik. Jadi Allah sediakan garis panduan awal-awal. Dia beri kita tali Al-Quran dan As-Sunnah untuk kita pegang kukuh semasa susah dan senang, supaya hidup kita selamat dunia akhirat. Apabila sampai masa perasaan manusia dilambung ombak dan ujian hidup, tali ini yang kita pegang erat-erat dan kita rujuk kembali mana yang kita terlupa. Apabila sampai masa perasaan tenang dan gembira, tali ini kita genggam dan kita panjat tinggi-tinggi lagi, supaya ilmu dan kefahaman kita bertambah, supaya rasa kasih sayang dan syukur kita kepada Dia Yang Mencipta kita semakin subur mekar.

Aku kasihan pada mereka yang rasa Tuhan tidak wujud. Mereka yang menolak ilmu lampau yang gigih digali oleh para ilmuwan tulen yang menuntut bertahun-tahun dengan izin-Nya, hanya kerana berasa ilmu logik kini lebih mudah difahami dan sesuai dengan jiwa raga masa kini. Ikut perasaan. Aduh. Aku simpati.

Dan lebih daripada simpati, aku juga takut. Takut mengenangkan amalan yang masih sangat sedikit. Dosa yang masih menggunung dan ditambah pula hari demi hari. Hati yang masih kotor dan sedikit sekali usaha mencucinya. Sangat takut, kerana tanda akhirnya dunia semakin banyak dan semakin dekat, tetapi aku masih tidak menyelesaikan perkara yang perlu diselesaikan.

Allah. Allah. Allah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s