Memerah otak mengeluarkan baris-baris kata,

sememangnya mudah dan sukar dalam masa yang sama.

Memaksa otak menghantar impuls ke tangan, menaip bait-bait aksara menjadi kata, mengait rangkaian kata menjadi ayat, menjalin rantaian ayat menjadi perenggan dan menyusun kepingan perenggan menjadi babak dalam setiap bab.

Inilah suatu seksa dan cinta yang mengalir dalam hembusan nafas dan saluran darah yang sama.

Kata pakar jurulatih penulisan dari Afrika Selatan dalam salah satu entri blognya, yang namanya penulis berjaya itu apabila mereka menghalusi lima kualiti berikut dalam berkarya:

  • Percaya diri sendiri. Ini motivasi terkuat untuk meneruskan dan menghabiskan apa yang sudah dimulakan.
  • Mampu terus belajar dan berkembang. Percaya diri punya kelebihan dan kekurangan, dan sentiasa belajar daripada kesilapan.
  • Mampu memberi perhatian terhadap pembacaan. Sebelum menulis, perlu membaca.
  • Terus bergigih dan bertabah, tidak kenal erti putus asa.
  • Obsesi terhadap karya yang berkualiti. Sentiasa memerhatikan apa yang perlu diperbaiki.

Jadi, kita mahu apa lagi selain berjaya di dunia dan akhirat? Setiap kali akhir solat, doa penutup akhir kita itu kan? Mohon kurnia kebaikan dunia, kebaikan akhirat, perlindungan daripada api neraka dan dimasukkan ke syurga bersama para Abrar?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s