Semalam hari yang menarik,

kerana aku berjaya menyiapkan dua bab novel dalam pembikinan.

Alhamdulillah.

Mungkin kau baca dan fikir, ‘Ah! Setakat dua bab, apalah sangat? Tak sampai sepuluh peratus pun daripada keseluruhan bab dalam buku!’

Itu hak kau untuk berfikir apa yang kau hendak fikir. Bukan urusan aku untuk memberitahu apa yang patut atau tidak patut kau fikirkan. Namun aku ingin menyampaikan kenyataan, bahawa seorang penulis yang serius menulis akan gembira dengan sebarang perkembangan dalam tulisannya. Apatah lagi, titik akhir sesebuah penulisan adalah untuk disiapkan. Selepas siap, barulah perkara lain dalam pembikinan buku itu boleh berjalan dengan lancar.

Aku menimbang-nimbang, siapa yang patut aku ajak untuk berjemaah menulis. Memandangkan guru-guru aku majoritinya advocate of working together, tak dapatlah aku berangan hendak jadi penulis yang mengasingkan diri daripada dunia lagi. Kerana dunia sekarang bukan lagi dunia dahulu. Penulisan adalah kerja berkumpulan, bukan lagi bersendirian. Para penulis juga perlu ambil tahu hal memasarkan dan mempromosikan penulisannya, bukan setakat menghulurkan manuskrip yang sudah siap diedit kepada editor dan menunggu royalti masuk.

Zaman sudah berubah. Walaupun pegangan dan kesetiaan pada tali Allah kekal hingga nafas akhir dihembus, dengan izin Dia, ada perkara yang perlu dijalankan demi Dia dengan cara yang seiring peredaran masa yang semakin pantas.

Ya Allah, dengan izin-Mu aku berjalan atas lorong ini dan dengan izin-Mu aku meminta dilindungi dan diberkati dan dikurniakan rezeki yang Engkau redai.

Amin.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s