Aku menggugel kata kunci ‘dasarhati wordpress’,

dan kejutan oh kejutan, belog ini muncul teratas dalam senarai keputusan carian.

Sebenarnya tidaklah terkejut sangat, kerana aku tak pernah sekat pun enjin carian daripada menemui ruang ini. Cuma keputusan kedua dan seterusnya itu agak menarik, kerana ada dua blog yang menggunakan kata kunci yang sama. Satu, Saudagar Mimpi yang ada kategori ‘Dari Dasar Hati’. Dua, Hamster Menulis yang menggunakan byline ‘Terbit dari Hati, Terbenam ke Dasar Hati’.

Dan kedua-dua blog ini, entri terakhir mereka adalah pada tahun 2008 dan 2009.

Itu 5 tahun yang lepas. Selama itu jugalah aku sudah bermukim di Dasar Hati: Bebelan Senyap dan Pemikiran Bising ini.

Ironik juga aku menggunakan nama pena berlainan untuk terjun ke dunia penulisan bercetak, apabila nama dan byline yang satu ini indah sahaja jika hendak dikembangkan dan diperkenalkan di media arus perdana. Aku rasalah. Aku tak pasti khalayak di luar sana akan berasa yang sama atau tidak. Maklumlah, menaip syok sendiri saja di ruang ini 😉

Anyway, aku masih belum ada jawapan untuk soalan dalam entri sebelum ini. Sejujurnya, perkara itu sudah tidak difikirkan sebaik saja entri itu diletakkan titik noktah.

But of course, somehow somewhere within this fist-sized, worldly-capable brain (conscious, subconscious and unconscious parts) of mine, the question remains.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s