Kejutkan aku apabila September berakhir.

Kerana mimpi yang sedang aku alami pada bulan ini indah belaka. Andai ini semua bukan kenyataan, pasti ayat di baris tajuk akan aku ungkapkan.

Heh.

Baru selesai mengikuti kursus penterjemahan umum di institut berkaitan selama 10 hari, mengisi dua minggu pertama bulan ini. Sudah lama tidak masuk kelas, aura kembali ke sekolah itu sangat kuat dan menghangatkan. Masa berlalu sepantas kilat. Aku sudah rindukan mereka semua.

Apapun, kelas ini hanya permulaan. Pencarian ilmu baru terus berjalan selagi hayat dikandung badan. Penggunaan ilmu yang diterima sepanjang 10 hari juga akan berterusan. Tanpa jemu dan lelah. Penterjemah juga seorang penulis. Malah, lebih berat tanggungjawabnya berbanding penulis kerana perlu memahami dan menyalin semula makna dan gaya penulis asal untuk menjadi versi terjemahan yang sejadi dan mampu difahami oleh pembaca bahasa sasaran. Wah, gramatis dan idiomatik bukan, ayat aku ini? Nampak sangat baru keluar dari sekolah 😛

Satu lagi isu di ruang mukabuku yang kubaca malam ini, menimbulkan persoalan yang berlegar-legar di fikiran.

Wajarkah aku membuka ruang ini untuk dibaca umum bertujuan mendapatkan maklum balas?

Masih menganggap ruang ini berbentuk peribadi… padahal….

Mungkin aku perlu memecahkan tembok anggapan ini. Jadikan dasarhati sebagai ruang yang boleh dibaca dan dinilai umum. Cipta satu ruang baru, atau guna sahaja ruang satu lagi yang sudah ada, sebagai ruang peribadi jika mahu.

Ataupun… peribadikan saja ruang dasarhati ini. Cipta ruang baru untuk pembacaan dan penilaian umum, dan juga untuk mengangkat nama dan potensi sebagai pengarang.

Boleh juga.

Teruskan berfikir, duhai minda. Insya-Allah, menjelang siang, kau akan ada jawabannya.

Melihat pergerakan word count di bawah skrin yang sedang menampung taipanku ini, tercetus satu pandangan baru. Sesungguhnya jika aku menyasarkan 300 patah perkataan sehari, setiap hari, lama kelamaan akan berlarutan menjadi sebuah manuskrip juga, bukan? Indah sungguh cita-cita itu. Dan tiada apa-apa lagi yang menghalang aku untuk melakukannya, kecuali kemalasan diri sendiri.

Sememangnya bagi aku, memulakan sesuatu itu yang paling susah. Sekali sudah bermula, Alhamdulillah dan Insya-Allah, elok sahaja aku bergerak dan menyelesaikan apa yang sudah dimulakan.

Baik, masa untuk melelapkan mata dan merehatkan minda (walaupun ada terbaca satu artikel awal malam tadi, proses tidur itu tidak bermakna otak dan badan sedang berehat. Tidur adalah masa seluruh isi badan menjalankan proses penyembuhan dan pembaikpulihan untuk menghadapi waktu jaga keesokan hari.)

Selamat malam, semua. 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s