Berita gembira campur sedih

Certot kedua diluluskan untuk penerbitan. Buku kedua akan terbit. Insya-Allah. Nampaknya belum ada rezeki untuk ditolak. Semoga Allah memudahkan semua urusan.

Diberikan Allah tenaga dan kekuatan untuk berpuasa sunat syawal tiga hari. Harapnya dipanjangkan umur untuk puasa tiga hari lagi. Alhamdulillah.

Manuskrip projek ibu motivasi sudah dihantar tiga hari sebelum garis mati. Tiada jangkaan, hanya harapan. Sudah terlebih dua halaman daripada syarat projek. Menunggu diberi amaran atau komen membina oleh tuan guru.

Kebahagiaan itu relatif, dan menjadi satu perjalanan dalam kehidupan dunia sementara ini. Apa yang kita rasa dan kita yakin kita rasa. Kadangkala kita rasa kita tak bahagia, sampailah kita melihat bagaimana bentuk orang lain yang tak bahagia. Masa itu baru kita sedar, kita sentiasa berada dalam kebahagiaan. Bagi yang memegang tali aqidah dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah Maha Pemilik, kebahagiaan yang dicari bukan di sini tetapi di sana. Di alam abadi, alam selepas kematian. Dunia ini sementara dan mainan semata. Jadi, apapun suka duka, ceria gundah, turun naik, semuanya ujian. Ujian untuk melihat siapa di antara kita yang terbaik amalnya dan bersedia untuk ke sana pada bila-bila masa.

Bercerita tentang kematian, beberapa orang yang dikenali kehilangan mereka yang tersayang pada minggu ini. Dan dunia seni kehilangan aktor negara barat yang terkenal dengan drama dan lawak jenakanya yang bersahaja.

Bersemadilah kamu, wahai pemberi kebahagiaan kepada orang lain. Terlalu ramai manusia yang menyanjung dan mengagumi kamu.  Hanya saja selepas kamu (dikatakan) memutuskan untuk tidak mahu hidup lagi, barulah orang lain menyedari betapa sunyinya hidup kamu walaupun kamu dikelilingi pelbagai perkara yang (sepatutnya) membahagiakan kamu.

Masa terus melayang. Bulan ke lapan tahun pertama percubaan bekerja sendiri semakin menghampiri tarikh akhir. Sepatutnya manuskrip novel sudah siap dihantar untuk penilaian penerbit bulan ini, sasaran enam bulan selepas menghadiri kursus penulisan novel cinta pada bulan Februari. Sasaran sudah kesasar ke laut. Hujung tahun sekali lagi kah?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s