Tempat mencurah isi hati yang kekal setia.

Kerana membuat sesi luahan perasaan di mukabuku masih lagi sesuatu yang dirasakan pelik. Seolah-olah menjerit kuat-kuat dalam dewan makan yang sesak dengan para pelajar lapar pada tengah hari Rabu dan sedang menunggu menu istimewa nasi tomato/nasi ayam/nasi berwarna lain yang sedap-sedap.

Mukabuku tu tempat menyatakan pendapat dan pendirian. Tempat mempromosi hasil kerja. Tempat mendapatkan perhatian yang diperlukan. Tempat bersosial.

Yang pastinya, semasa kita dalam situasi orang ramai, majoriti orang tak selesa kalau bertembung dan terpaksa bersosial dengan orang yang emosional, membebel/mengkritik/mengkomplen tak habis-habis atau bersedih/berdukacita/takut.

Pernah baca ayat berikut dan sedar tak sedar, masih dipegang sampai sekarang: berkongsilah keberanian dan kegembiraan dengan orang lain tetapi simpanlah ketakutan dan kesedihan dengan diri sendiri. Blog sorang-sorang yang orang tak tahu wujud ni kira simpan untuk diri sendiri lah ni. Hehe.

Okey, jadi apa yang nak diluahkan sebenarnya ni? Cerita blog vs. mukabuku je dah berapa perenggan hahaha.

Sebenarnya sekarang sedang menunggu jawapan, certot kedua diluluskan atau tidak untuk masuk buku kompilasi projek CH pasal surat menyurat. Jauh di sudut hati, tahu yang karya kedua tu pelik sikit dan lain gaya dan isinya berbanding karya pertama haritu. Jadi tak mengharap sangat diterima. In fact, I am half hoping it gets rejected just so I know what rejection feels like and I can deal with it.

Aku dah letih sebenarnya tersekat-sekat berkarya dek kerana takut ditolak. Yes, I fear rejection to the point where I overreact and take even a slight act of negativity according to my perception as an outright rejection. I am so goddamn tired of feeling this way so I want to feel the actual rejection, not the perceived rejection, so that I am able to differentiate the emotions and really, get it into my thick head that it is not as bad as I make it out to be.

Ya, aku agak mentalis dan saiko. Emosi normal seorang penulis terseksa, kononnya? Hahaha.

Betul cakap guru-guru atas pentas penulisan yang pernah aku dengar. Kalau memilih untuk menulis sekadar atas sebab suka menulis dan membaca tulisan sendiri terbit, buka blog saja cukuplah. Sudah tercapailah sebab keinginan dan matlamat itu. Jadi sekarang, tetapkanlah objektif dan halatuju baru sebab apa nak sangat jadi penulis ni.

Because just loving to write is not a good enough reason to become a writer. You know and I know and we all know that. Hence let us all do something about it.

P.s. Kak ZZ, sila kemas kini belog anda 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s