Syawal Empat Hari,

… (Tak tahu nak tulis apa walaupun macam-macam jadi).

Tarik nafas. Lepas nafas. Nafas agak pendek sekarang. Terlebih makan gamaknya tiga hari ni. Kena pulak dengan drebar sebelah yang tabiat bawa kereta memang berangan macam berlumba di litar F1. Hmmph.

Seminggu sebelum raya dah berkampung di UC. Encik Suami dapat tempahan masak rendang itik sampai 20 ekor. Pulun tiga hari masak kat luar dapur, lepas tu berulang-alik UC-TB buat delivery dan kemas rumah sendiri jugak. Fuh. Keluar jugak peluh dalam tak pergi PT. Pablo the Personal Trainer mesti bangga kalau dia tahu ni (ataupun dia hangin dalam hati sebab dah penat-penat dia train, kita belasah makan macam nak rak haha!)

Raya pertama, solat sunat Aidilfitri dan beraya-raya sekitar UC dan BB. Jumlah rumah = 7. Dah banyak berkurang sebab Nenek dan Nek D dah kembali ke rahmatullah sebelum sampai bulan puasa. Tak ada orang tua, tak datang beraya rumah tu la kekdahnya. Tapi bila kurang rumah, masa di setiap rumah jadi lebih lama. Natijahnya, ziarah 7 rumah mengambil masa dari pagi sampai ke malam.

Majoriti DMClans sampai menjelang tengah hari. Cousin Chef masak makan malam ala Barat. Balik TB malam tu jugak, dekat tengah malam singgah beraya rumah Babah. Sampai rumah lepas tengah malam, pengsan. Bersyukur sebab kemas rumah sehari sebelum raya.

Raya kedua, 7.30 pagi dah keluar rumah. Pegi ziarah kubur arwah Mak di CB, Kak M di BP, Ayah di Jrm. Selesai ke kubur, baru ziarah yang hidup di Jrm dan KS. Keluarga Jrm nak buat kunjungan balas ke TB malam tu jugak. Belasah. Bersyukur DUA KALI GANDA dah kemas rumah sebelum raya.

Gerak dari KS 3.30 petang, sampai KL 5.30 petang terus beli barang nak masak dan 6.30 petang mula masak. KakLang dan keluarga datang tolong (harus la kan, adik-beradik depa yang datang). Tengah-tengah kalut jam 7.15 malam, “ASSALAMUALAIKUM!!!”

Pengsan.

Pengalaman pertama jadi tuan rumah utama untuk lebih kurang 30 orang tetamu at one go, menguja dan menyemputkan nafas dalam masa yang sama. Open street and potluck iftar were different, very different indeed. Or maybe I was just now getting exposed to the concept of being in charge of entertaining descending in-laws. Almaklumlah, keluarga nukleus kecik. Selama ni extended family yang ramai-ramai muncul tu bukan aku yang kena layan tapi Emak. Alhamdulillah for experienced and matured husband. Sesungguhnya Allah Maha Adil.

Raya ketiga, singgah beraya rumah Cik A di KuartersKLIA, lepas tu balik UC lagi. Tambah beraya lagi 2 rumah pada malamnya. Secara relatifnya, hari yang lebih santai dan berjaya rehat waktu petang.

Raya keempat, hari ni. Balik KL. Ada urusan yang perlu dibuat sebelum bergerak ke utara hujung minggu ni.

GILA SERONOK BERAYA TANPA BERCUTI KERJA/BELAJAR NI! Suka hati nak urus masa.

SEDIH SEBAB MAKIN RAMAI ORANG TUA YANG DAH PERGI. Makin kurang kemeriahan berhari raya. Apa pun, akan sampai masa peringkat mak ayah kita yang jadi orang tua dalam keluarga dan yang lebih muda pulak yang akan datang ke rumah kita. Macam tu seronok jugak, kita tak letih berjalan 😉

Jadi, itulah isi penting Syawal aku setakat empat hari ni. Syawal kau orang macam mana pulak?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s