Sudah separuh masa kedua Ramadan,

baru hendak menjenguk dan mengemas kini rumah yang bersawang ini kan?

Maaflah… aku selalu mungkir janji hendak lebih kerap menulis di sini. Sampai ke tahap aku tidak mahu berjanji lagi. Aku akan datang apabila aku timbul keinginan untuk datang, ya? Mujurlah ruang ini bukan isteri yang bermadu. Kalau tidak, sudah pasti aku diadukan ke pejabat agama atas alasan mengabaikan nafkah kepada tanggungan.

Anyway.

Hari ini 17 Ramadan 1435 Hijriyah. Hari Nuzul Al-Quran. Semasa menghadiri ceramah Ustaz Nouman Ali Khan di perkarangan bangunan Kumpulan Karangkraf sebelum Ramadan tempoh hari, beliau sudah mengingatkan supaya kita wajar kembali meneliti dan mempelajari Al-Quran ibarat menatapnya kali pertama, pada Ramadan kali ini. Kerana lumrahnya apabila disebut Ramadan, perkara pertama yang kita ingat adalah puasa. Menahan lapar dan dahaga dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa. Padahal, ada satu lagi acara besar gilang-gemilang dalam bulan Ramadan. Bulan petunjuk diturunkan.

Sejak lebih serius mengikuti kelas pengajian tajwid Al-Quran bimbingan Encik Suami, aku baru betul-betul sedar yang aku tergolong dalam kalangan mereka yang bernasib baik kerana didedahkan dan dibiasakan dengan Al-Quran sejak kecil. Walaupun dalam fasa kegelapan hidup, aku masih boleh mendekati, mengaji dan menelaah Al-Quran dengan lancar. Melihat rakan-rakan sepengajian lain, mereka gigih dan tabah merangkak-rangkak mengaji akibat hidup mereka sebelum ini tidak dibiasakan dan tidak berada dalam kelompok para pengamal dan pecinta kitab suci itu.

Subhanallah, semoga Allah memberi ganjaran berlipat ganda kepada mereka yang sekarang sudah sedar dan berusaha memperbaiki hubungan mereka dengan Al-Quran. Semoga Allah memberi mereka taufik dan hidayah untuk terus membaca, seterusnya memahami dan mengamalkan isi Surat Cinta Dari Allah ini.

Sejujurnya, aku malu. Aku sudah lama mengenali huruf-huruf Al-Quran, saban waktu dapat membacanya dengan lancar, bahkan dapat memahami dan menterjemah pengertian ayat-ayat cinta ini kepada bahasa seharian yang aku fahami. Tetapi, kefasihan dan kefahaman maksud ayat-ayat ini masih sedikit sekali yang dapat aku terapkan dalam amalan seharian.

Ampunkan aku, Ya Allah. Aku memohon kekuatan dan petunjuk daripada-Mu, kerana tanpa keizinan-Mu, aku tidak berdaya melakukan apa-apa ke atas kefasihan dan kefahaman erti yang Engkau sudah kurniakan kepada aku ini.

Membaca motivasi yang dikongsi sahabat di FB, kehidupan ini adalah proses pembaharuan dan penambahbaikan yang berterusan. Tiada istilah statik atau sudah selesai bagi kita seorang hamba Allah di muka bumi ini, selagi nafas kita belum sampai ke helaan terakhir di titik penamat hayat yang sudah ditentukan-Nya. Maka, if at first you don’t succeed, dust yourself off and try again. Pick yourself up and try again. And again. And again. And again.

“Barangsiapa yang harinya sekarang lebih baik daripada kemarin maka dia termasuk orang yang beruntung. Barangsiapa yang harinya sama dengan kemarin maka dia adalah orang yang merugi. Barangsiapa yang harinya sekarang lebih jelek daripada harinya kemarin maka dia terlaknat.” 

Nota: Hadith ini darjatnya lemah – rujuk http://dakwahquransunnah.blogspot.com/2012/02/derajat-hadits-barangsiapa-yang-hari.html. Jadi jika ingin beramal dengannya janganlah disandarkan kepada Rasulullah SAW, cukup menganggapnya sepotong kata-kata sahaja.]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s