“Awak dah salah sangka!”

Maryam angkat kening. “Salah sangka? Belah mana yang saya salah, belah mana yang saya betul?”

Firdaus ketap bibir. Peluh dingin di dahi masih terbit walaupun sudah diseka berkali-kali. “Saya dan Diana. Kami berbincang hal kerja saja.”

Maryam gelak sinis. “Kerja apa? Sesi fotografi muka surat tengah majalah buaya darat?”

Diana pantas memeluk lengan Firdaus. “Fir! Bagitau ajelah dia!”

Maryam dan Firdaus sama-sama menoleh dan menengking, “Diamlah!!!”

Diana berdengus kasar dan melepaskan lengan Firdaus dengan rentapan kuat. Firdaus mengaduh.

“Padanlah korang berdua ni sebenarnya! Sorang bengis, sorang pengecut. Buang masa aku je!” Diana membentak sambil membetulkan butang blaus dan kedudukan skirt mini yang senget-benget akibat disarung terlalu cepat. Tanpa sempat Firdaus menahan, Diana meluru keluar.

Firdaus meraup muka berkali-kali. Hembusan nafasnya berat. Maryam mundar-mandir di sisi meja makan yang boleh diduduki lapan orang sekali hidangan. Raut wajahnya beku, namun sinar matanya ibarat bara api yang semakin marak.

“Kenapa?” soal Maryam. Ringkas, tetapi nada yang mengiringi sepatah perkataan itu tidak sukar ditelah Firdaus. Sepuluh tahun bersama, tidak dapat tidak, mereka sudah pakar nuansa dan gerak-geri masing-masing.

Firdaus menggeleng-geleng. “Awak tahu kenapa.”

Maryam melongo sejenak. “Fir, seriously? Perempuan macam tu awak nak jadikan madu saya? Awak nak tambah dosa kita semua?”

“Jangan berlagak Tuhan! Dia tu perempuan macam mana? Dia tak menongkat langit dengan saya macam awak!” Lantang Firdaus menempelak.

Maryam terdiam. Nafasnya tiba-tiba sesak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s