Selamat datang, bulan Jun.

Jika kalian yang membaca ini manusia normal seperti aku, pasti akan berasa perkara yang sama. “Cepatnya masa berlalu!”

Aku sedang berfikir-fikir hendak mewar-warkan kewujudan blog ini kepada umum yang mengenali aku di luar sana. Sebagai tambahan kepada kerjaya baru aku yang sedang bertapak. Blog penulis. Agak-agak, laku tak?

Tapi aku berfikir-fikir juga, apa gunanya mempromosi sesuatu yang sentiasa aku anggap peribadi, dan jarang-jarang pula dikemas kini? Buang masa pembaca saja. Sedangkan yang masih setia mengunjungi blog ini pun boleh bosan, kan? Aku sampai sudah boleh mengenali dan mengagak dengan pasti (eh, kalau pasti tidak lah namanya mengagak kan?) tiga orang pengunjung setia blog ini. Sahabat-sahabat yang usia persahabatan kami sudah hampir sama dengan blog ini. Kalau manusia yang lahir, sudah masuk sekolah rendah. Hehehe.

Anyway, for now it is just a thought. Let it grow and once it is decided, I am sure the world will know.

Lagipun, bukan aku letakkan blog ini dalam mod private pun. Sesiapa yang dikurniakan ilham atau gerak hati oleh Allah untuk datang melawat, sampailah mereka ke mari.

Jika ada pengunjung baru atau pengunjung kembali yang membaca entri ini, selamat datang. Ahlan wa sahlan. Welcome.

Bulan Jun 2014. Bulan ulang tahun perkahwinan Emak dan Bapak yang ke tiga puluh lima. Bulan ulang tahun perkahwinan aku dan Encik Suami yang ketiga. Bulan pertengahan tahun. Dalam kalendar Hijri, bulan Syaaban. 28 hari lagi, Insya-Allah, Ramadhan akan tiba.

Allahumma baarik lana fii Rajab wa Syaaban, wa ballighna fii Ramadhan. Aamiiin.

Perkembangan novel sulung? 8 bab sudah betul-betul selesai. Bab 9 dalam pembikinan. Masih ada kira-kira 10-15 bab lagi. Jauh. Akan aku dekatkan bulan ini. Insya-Allah.

Tarik nafas. Lepas nafas. Mula!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s