Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak engkau dustakan?

Nak tahu bagaimana nikmatnya sihat, cubalah berada dalam keadaan sakit.
Nak tahu bagaimana nikmatnya kaya, cubalah jatuh miskin.
Nak tahu bagaimana nikmatnya bekerja sendiri, cubalah kembali bekerja dengan orang lain.
Nak tahu bagaimana nikmatnya hidup bersama yang tercinta, cubalah hidup bersendirian.

Pendek kata, sesuatu nikmat hanya benar-benar difahami kemanisannya selepas ia tiada lagi dalam genggaman.

Ini mode keperitan tekak akibat batuk terkokoh-kokoh sudah masuk hari ke… entah berapa. Memang seksa. Yang menghidap sudah memang seksa. Yang mendengar ikut seksa, itu yang mengundang sedih dalam hati. Yang namanya aku ini memang tak suka mencederakan perasaan atau emosi orang lain.

Malam semalam, kembali menaip babak-babak seterusnya dalam novel sulung, Menjejak Rindu. Alhamdulillah, perkataan terbit menjadi ayat-ayat yang mengalir ibarat air. Mungkin sudah cukup kerehatan hampir sebulan lamanya. Sampai terpaksa berhenti kerana jam dinding sudah menunjukkan masa tepat 2 pagi. Aku bukan penakut berjaga malam seorang diri, tetapi cuak mengenangkan ketahanan diri dan mata pada esok hari.

Memang sungguh bagai dijangka, separuh siang aku tadi lenyap di alam mimpi. Langsung tidak molek diulangi, kerana pada esok hari ada urusan di luar yang memerlukan aku hidup di alam nyata pada waktu pagi!

Sedang menyesuaikan diri dengan hidup dan jawatan terkini sebagai penjual hasil penulisan sendiri. Sampai perlu mencari dan menetapkan waktu untuk meneruskan kelangsungan hasil yang dijual itu. Takkan hendak mempromosi tulisan empat muka surat sulung semata-mata seumur hidup?

Aku fikir dan rasa, Allah sudah tentukan sejak azali kepada yang memutuskan untuk membawa nama sebagai pencinta kata-kata, pencurah isi hati dan pekongsi isi minda dengan masyarakat, mereka tidak akan mampu menulis sekadar berdasarkan pengalaman sendiri. Sekadar cerita diri sendiri tidak akan cukup jika realitinya, kita ini benar-benar tahu apa itu hidup pun baru beberapa hari. Siapa yang hendak membaca dan mendengar jika kita hanya syok sendiri?

Penulis/penaip/pencerita perlu terus membaca sebanyak-banyaknya, berjalan sejauh-jauhnya dan mendengar sedalam-dalamnya, semua di sekelilingnya. Kerana pembaca, hakikatnya ingin membaca tentang diri mereka dan memastikan yang mereka tidak sendirian dalam hidup ini. Ada orang di luar kelompok dan pengetahuan mereka yang turut melalui apa yang mereka fikir dan rasa. Dan pembaca mahu tahu yang kewujudan dan cerita mereka ini disedari, difahami dan diempati.

Entahlah betul atau tidak pendapat aku ini. Kerana aku juga pembaca, dan sebagai pembaca itu adalah salah satu perkara yang aku cari.

Apa yang kalian cari apabila membaca?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s