Kerja-kerja domestik yang aku suka dan tak berapa suka.

Aku suka:

  • Apa-apa yang berkaitan dengan baju – basuh (mesin), sidai, angkat dan lipat. Pengecualian: gosok baju.
  • Menggunakan vacuum cleaner. Bersihkan semua habuk yang jelas nyata. Aku tak berapa suka guna penyapu sebab nanti habuk terbang melayang. Masuk saluran pernafasan aku, akan teraktiflah lelah yang bersarang dalam badan aku ni.
  • Menyusun barang dalam rumah. Tak kisah la barang-barang tu dalam almari ke, dalam peti ais ke, terpampang kat luar untuk perhatian orang ramai ke… aku akan susun. By the way, I have talent in arranging and packing many things into limited space. 😉
  • Basuh bilik air. Cleaning up the bathrooms with my own two hands… satisfaction. Yeah, I am weird like that.

Dan aku tak berapa suka:

  • Memasak. Memang dua kali ganda punya pelik. Tak tahu la bila nak sampai seru suka memasak ni. Aku boleh masak, aku akan masak benda yang ringkas dan cepat, sesetengah lauk-pauk yang aku masak pernah dapat pujian orang sekeliling. Tapiii… nak dapat perasaan keinginan memasak tu, macam kena bertapa berapa purnama kot. Jadi sekarang peranan aku kat dapur jadi sous chef Encik Suami. Yup, my husband cooks. Very well.
  • Kemas pokok-pokok. Jari aku jari cekelat, maknanya tak sejuk la. Tanam pokok tak pernahnya hidup. Jari Encik Suami jari hijau, sejuk sangat. Pokok bunga semua suka dengan dia.
  • Bela apa-apa haiwan peliharaan. Zaman kecik-kecik dulu aku alah bulu kucing. Jadi memelihara haiwan adalah dilarang keras. Maka membesarlah aku tanpa pendedahan kepada penjagaan haiwan. Dah besar panjang ni, kucing suka datang rumah sebab Encik Suami memang disukai kucing.

Kalau korang tak perasan lagi, sebenarnya bebenda yang aku tak berapa suka buat tu, adalah kegemaran Encik Suami. Dan bebenda yang aku suka buat tu, memang Encik Suami punya alahan besar.

Maka, ngam ho lah. Masing-masing buat apa yang masing-masing suka buat, untuk sesama sendiri.

Sekian bebelan malam minggu yang ada isi ke tak ada isi, Wallahua’lam. Janji aku puas hati sebab rasanya inilah pertama kali benda yang aku nak cerita dalam blog ni mengalir macam air, selepas beberapa lama. Yang sangat lama.

Lepas ni kena fikir aliran ni kot. Perkara-perkara kecil yang bermakna dalam hidup sehari-hari. Heh.

 

 

Advertisements

2 thoughts on “Kerja-kerja domestik yang aku suka dan tak berapa suka.

  1. Kak Zaza boleh geng dengan Bayah untuk kategori tak suka tu tapi kena tambah satu lagi : menjahit! Huhu

    Kak zz sokong untuk entry perkara-perkara kecil yang bermakna dalam hidup! Mengharapkan untuk baca banyak lagi lepas ni… ! 🙂

    1. Haah la, kita pun tak pandai dan tak suka menjahit jugak. Terlupa 😀 Dah nak tutup bulan baru sempat jenguk balik blog ni… Insya-Allah akan isi lagi… 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s