Menyusur Lorong Memori : Rayuanku

Aku insan yang lemah
Hanya mampu berserah
Ingin sekali bertemu
Untuk mencurah rindu

Masih tertanam kini
Hatimu di hatiku
Malam yang sepi begini
Gementar hati ini

Ingin kuhapus namamu
Tapi tak berupaya
Bilakah dapat bertemu
Dengarlah rayuanku

Hati bergetar
Jantung berdebar
Aku merindumu
Setiap waktu….

Cikgu Salina, “Arif… Mengapa cikgu tengok kamu termenung saja sehari dua ni? Peperiksaan sudah dekat. Kamu mengulang kaji dengan tenung rumput dan pokok hijau kah?” Sambil senyum.

Arif senyum pahit. “Saya teringat ibu saya, cikgu. Selalunya masa begini, dia lebih tekun solat hajat dan baca Surah Yaasin. Panjang doa ibu lepas solat minta Tuhan mudahkan urusan saya menjawab….”

Cikgu Salina angguk. “Itulah hebatnya doa ibu. Keputusan kamu selama ini pun sudah jelas Tuhan makbulkan doanya. Jadi, kali ini bagaimana?”

Arif tunduk. “Saya solat dan doa sendiri, cikgu. Tapi untuk ibu lebih lagi. Doktor kata darah beku di otak ibu masih belum hilang. Sebab itu ibu masih belum sedarkan diri.”

Cikgu Salina merenung penuh simpati. “Teruk juga kesan dia dilanggar lari tempoh hari ya. Tak mengapalah, Arif. Doa anak yang soleh pun didengar Tuhan. Bayarlah harga pengorbanan ibumu dengan kesabaran dalam ujian dan keputusan cemerlang. Insya-Allah. ”

Arif angguk, sayu. “Saya akan buat yang terbaik. Mohon doa cikgu juga, moga saya terus kuat. ”

Cikgu Salina menepuk-nepuk bahu Arif. “Sedang nabi yang di ambang wafat masih ingat umatnya. Doa dan harapan itu sebahagian daripada amanah yang digalas seorang guru. Bertabahlah, Arif!”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s