Macam biasa, blog terabai lama.

Padahal berangan nak jadi penulis tu. Penulis apa yang tak laburkan masanya setiap hari untuk menulis? Sheesh.

Anyway. Let it be another resolution for the new year to write daily. Lagipun, mungkin ruang ini lebih bersifat peribadi dan jauh sedikit dari mata-mata yang memandang dan akal yang menilai, berbanding mukabuku. Ya, aku penakut. Aku takut nak meluahkan perasaan atau pendapat terang-terangan dalam laman media sosial tu.

Sebab apa? Sebab aku takut dikritik. Sebab aku takut apa orang lain cakap. Haritu aku ingat aku bercakap semuanya tentang kegembiraan pun, status berbaur emosi juga yang orang perasan dan komen. Tak ramai yang komen pun, seorang saja. Tapi cukup untuk membuat jari-jemari kembali teragak-agak hendak menaip, apatah lagi menekan butang Send.

What an oxymoronic attitude for someone who wants her words to be read, and her thoughts and opinions to be heard by the world. No?

Aku sebenarnya takut juga melihat dan meneliti betapa berbezanya zaman sekarang dengan zaman aku membesar dulu. Remaja sekarang terdedah dengan pelbagai sumber, pelbagai ketakutan, pelbagai kegembiraan sementara… Aku terasa beban yang berat di bahu untuk mengingatkan mereka yang these are temporary, unreal and not sustainable. There are more to life than this. Masalahnya aku juga masih gagal mengingatkan diri aku sendiri, dan ada masanya aku tewas dek keseronokan sementara yang langsung tak ada faedahnya. Jadi apa hak dan kekuatan aku untuk mengingatkan orang lain? Berdosa kan kalau aku cakap apa yang aku sendiri tak buat secara istiqamah?

Sungguh, ketakutan ini menghalang aku melakukan yang terbaik. Tapi, untuk berkongsi ketakutan ini dengan dunia, mengaku kelemahan sendiri dan berharap ada yang faham dan aku tidak keseorangan, rasa seperti mementingkan diri sendiri juga.

Pendek kata, ada saja alasan aku kan? Aku sekarang perlu mencari kekuatan dari dalam dan meminta daripada Yang Di Atas untuk mengukuhkan kesabaran dan ketahanan aku melawan perasaan sendiri. Aku cuma mahu berkongsi dan mengajak kepada yang terbaik untuk semua orang. Aku tidak mahu menambah lagi ketakutan dan keburukan minda yang sudah bersepah-sepah dan berlambak-lambak di luar sana.

AKU MAHU BERANI, AKU MAHU YANG BAIK, DAN AKU MAHU MENGAJAK KEPADA YANG BAIK! TITIK!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s