Belatedly done writing prompt: Your hero attended a funeral. Whose funeral was it, and how did your hero react?

Hujan renyai-renyai. Matahari masih bersinar lemah. Cuaca hujan panas kelihatan membahang.

Khairil mengesat peluh yang terbit di dahi setitik demi setitik dengan tuala Good Morning yang tersangkut di tengkuk. Air hujan yang bercampur air mata jantannya turut dilap kering. Tangannya kembali mencangkul tanah yang sudah tiga perempat digembur.

“Kamu rehat lah dulu, Khairil. Biar pakcik yang sambung menggali.”

Khairil mendongak lima kaki ke atas, menatap pemilik suara yang menjengulkan kepala dari tebing liang lahad. Dia menggeleng-gelengkan kepala. “Tinggal sikit saja, Pak Man. Biar saya selesaikan tanggungjawab saya.”

Encik Rahman mendecit kecil. “Patutnya kamu di rumah uruskan mandi dan solat jenazah….”

Khairil tergelak pendek, namun bunyinya seakan-akan tersedak. “Saya kena hormat perasaan semua orang di rumah tu, Pak Man. Tak apa, di sini pun boleh nanti.”

Encik Rahman pula mengambil giliran menggeleng-geleng kepala. “Pak Man tak tahu macam mana kamu boleh sabar dengan perempuan tu. Macam mana juga arwah boleh terpikat….”

Khairil mengangkat sebelah tangan dan tersenyum tipis, “Maafkan saya, Pak Man. Ayah saya dah pergi. Kita uruskan sebaiknya dan abaikanlah hal-hal kehidupan dia yang dah ditinggalkan.”

Encik Rahman menggumam bibir. Matanya mencerun sejenak. Khairil tersenyum pahit, cuba menyampaikan permohonan maaf melalui sinar mata lantaran ayat yang agak terlalu tegas diajukan kepada orang yang lebih tua. Encik Rahman mengendur setelah beberapa saat, seakan-akan faham gelodak di hati anak muda itu.

“Kalau kamu tak apa-apa, pakcik balik dulu tukar pakaian. Lepas tu pakcik akan ke rumah arwah. Nanti kami nak bergerak, pakcik telefon kamu,” ujar Encik Rahman, menamatkan perbualan. Khairil mengangguk ringkas. Ucapan salam berbalas, langkah Encik Rahman berlalu pergi dipantau Khairil sejarak yang kelihatan dari dalam liang lahad.

Khairil tunduk merenung tanah merah yang masih berbaki untuk digali. Matanya kembali basah.

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s