Mengurus perasaan.

Pernah fikir dan kaji dalam-dalam tak, macam mana korang jalani situasi yang tertera kat tajuk tu?

Diamkan, simpan dalam-dalam sampai penuh, lepas tu meletup macam gunung berapi? Naik marah mencarut-carut baling-baling barang bagi pecah, lepas tu menyesal, terkial-kial betulkan keadaan? Bertenang dulu, tarik nafas dalam-dalam, susun ayat lepas tu mengadap punca masalah, cakap terus-terang dengan berbudi bahasa? Buang dalam lubang hitam fizikal mental emosional spiritual dan padamkan dari ingatan? Tulis panjang-panjang dalam diari, lepas tu bakar atau koyak-koyakkan muka surat yang dah bertulis? Taip habis-habis dalam blog, lepas tu kunci entri, campak password jejauh? Ambik wudhuk, solat sunat, doa mohon kekuatan dari Allah lepas tu tidur? Makan makanan rapu dan minum air bergula tinggi sampai perut rasa nak pecah?

Wah, banyak pilihan ni. Pilih mana satu yang rasa sesuai dengan diri anda. Heh.

Aku jenis diamkan. Simpan dalam-dalam. Pernah penuh, pernah melimpah, pernah meletup, lepas tu top-up balik. Heh.

Asalnya aku diamkan sebab aku takut. Takut kena marah, kena syarah, kena kritik, kena kondem, kena segala macam jenis reaksi yang sewaktu dengannya yang pada aku, semua tu tanda negatif. Tanda aku ni kekurangan. Tanda aku bodoh. Tanda aku tak mencapai tahap yang diharap/standard/minimum requirement/expectation.

Aku ingat aku dah lepaskan diri dari rasa takut ni. Aku fikir aku dah mendewasakan diri daripada keinginan nak sentiasa dapat verbal approval when I do right instead of just a nod, but direct lecture and correctional advice when I do wrong.

Malangnya tumbesaran emosi aku ni terbantut rupanya. Masih di tahap lama.

How is it that I am still stuck at that emotional trap of childhood and teenage years where I feel like the lowest level of low, when I do not live up to expectation? Why the hell am I still trying to be emotional and expecting to get understood? I should have known better than to expect that. I will always be that person who needs to be corrected when I do not adhere to the right code of conduct and being imperfect. I will just get corrected – frustration and understanding of feeling be damned. Sorry, it’s a no-go.

Should have known better. Should be reminded and thoughtful before starting to share anything even remotely related to negative emotions. You do not impact the names, do not reflect badly on your upbringing. In the end, it’s about face – dignity – nama baik. Jangan jatuhkan air muka dan reputasi.

Bila aku nak hadapi ketakutan ni dan cakap je elok-elok, tanpa menangis atau marah? Pedulilah bila cakap tu orang nak marah ke, nak merajuk ke, nak mengejek ke – asal jangan kena tembak atau kena bunuh dah la. Apa reaksi orang kan urusan orang tu, kita cuma boleh urus reaksi kita je. Kan?

Entah la. Kat tempat kerja dulu pun dah kena dah tenggelam dengan kebanjiran kerja dek kerana tak tau bersuara membela diri sendiri. Tak reti-reti nak belajar lagi ke?

Kalah dengan sorang je. Kenapa biar sorang manusia, walau bagaimana penting dan besarnya peranan orang tu dalam hidup, menghancurkan kebolehan sebenar mengurus masalah seumur hidup? Dengan orang lain boleh menang lagi. Masih boleh bawak berbincang lagi. And first and foremost, Allah Is Always There To Guide. Kenapa nak terus-terusan bergantung harap pada penghargaan dan persetujuan manusia lagi?

Matanglah hati. Membesarlah jiwa. Jagalah sanubari sendiri. Berhentilah dari menangis lagi. Tak ada manusia yang berbaloi untuk dianggap merencatkan potensi diri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s