Tajuk campur-baur.

Dari tadi nak menaip tajuk pun susah. Last-last, ah… pedulikan! Aku yang nak baca, bukan orang lain. Sekurang-kurangnya, buat masa ni aku saja lah yang baca 😀

Tinggal 96 jam saja lagi nak bergelar pekerja di Syarikat ni. Macam-macam yang aku rasa. Kena pulak hari ni hari yang kerja macam tak kerja, cuti macam tak cuti. Jaga kedai sorang-sorang, team member lain semua ambik peluang cuti sambung dari Sabtu sampai Selasa. Aku nak cuti tapi tak ambik awal-awal, dan sejujurnya aku nak kumpul sebanyak mungkin dana untuk gaji terakhir hujung bulan ni. Heh.

Rasa sedih. Sedekad lamanya mengumpul pengalaman, menadah ilmu pegetahuan dan menimba asam garam dunia korporat, di bumbung yang satu ni. Berubah dari satu department ke department lain, sepuluh orang penyelia (Ya, SEPULUH penyelia dalam masa sepuluh tahun. Purata seorang setahun, hebat tak hebat?), beratus ribu ragam pelanggan dalaman dan luaran yang perlu dilayan. Sampai ke titik ini. Titik noktah buat masa ini.

Rasa teruja. Memulakan perjalanan baru menggapai impian. Tidak tahu apa yang bakal ditempuh dalam laluan, tapi ada bayang-bayang cabaran yang mendatang, hasil berbincang dan berguru dengan yang lebih tahu dan lebih dulu makan garam.

Ketakutan dan keraguan turut mencelah. Mampukah aku? Kuatkah aku? Kalau gagal, bagai mana?

Percaya pada Allah. Aku yakin 200% bahawa keputusan ini dari hati naluri yang hanya dalam genggaman Dia Yang Maha Pencipta. Doa sudah dipanjat lama. Usaha masih dan akan terus sehabis daya. Ikhtiar mengiring rasa dan deria. Tawakkal terus selagi bernafas.

Dia Maha Tahu. Dia juga Yang Maha Membimbing ke arah yang terbaik untuk diri ini. InsyaaAllah.

Tengah hari tadi, sentap juga diasak soalan-soalan provokatif yang memaksa aku mempertahankan keputusan yang dibuat. Memang yang namanya manusia itu tidak suka dikritik, dipersoalkan dan direndah-rendahkan. Pantang sungguh, rasanya seperti dilekeh-lekehkan. Hanya mampu menarik nafas dan membuat serangan dan soalan balas. Deflection, bak kata istilah bangsa penjajah. Aku sedar, peperangan dan perlawanan minda itu perlu. Kerana aku bakal menghadapi serangan yang sama lebih kerap lagi, sementara menunggu hasil sulung aku diterbitkan dan dipasarkan.

Dan tidaklah kritikan itu berhenti sebaik sahaja buku sulung terbit. Ini semua latihan menebalkan muka dan menerima penolakan dengan hati terbuka. It’s nothing personal, it is just business!

Semoga aku terus kuat. DAN kalau saat aku lemah, semoga aku kuat untuk mengadu hanya kepada Yang Maha Mendengar, dan bukan manusia-manusia yang sama lemah tiada Maha dalam diri mereka.

Advertisements

2 thoughts on “Tajuk campur-baur.

    1. Ome, yes as you have discovered at the other realm 🙂 InsyaaAllah akan bergelar penulis sepenuh masa mulai 2014. Sekarang masih dalam proses pembikinan 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s