Istiqamah – Satu

Tap tap tap…

Jari-jemari mula kembali menaip demi mencapai istiqamah. Demi sebuah mimpi silam yang meronta-ronta ingin hidup di bumi nyata. Ada rasa yang kuat mahu memandaikan bangsa, mengukuhkan tapak kekuatan tamadun dan melayarkan fantasi di pentas realiti.

Saya mahu menjadi penulis dan saya mahu buku pertama saya dibaca oleh sekurang-kurangnya 10,000 pembaca dalam masa setahun selepas diterbitkan. Buku-buku saya yang seterusnya – saya mensasarkan dua buku setahun – akan dibaca oleh minimum 20,000 orang pembaca setiap satu.

Buku-buku saya akan berkisar tema cinta. Cinta itu punya pengertian dan ruang lingkup yang luas. Saya akan menyentuh cinta kepada Pencipta dan hamba-hamba Pencipta. Saya akan sampaikan yang terbaik, semoga yang terbaik juga akan sampai kepada yang akan menerimanya.

Saya tidak sempurna. Saya ada sisi cerah dan sudut gelap. Hati saya perlu dicuci dan dibersihkan dengan taubat dan istighfar. Saya berharap penulisan saya akan membawa saya ke jalan-Nya dan natijah penulisan saya menjadi saham saya di akhirat kelak.

Tiada orang baik yang tiada masa silam, dan tiada orang jahat yang tiada masa depan – someone from the past

live the life you love, and love the life you live –my present neighbour at work-

think with your mind, and speak with your heart -a 7habit quote-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s