Langkah baru sudah bermula

Saya sudah menyuarakan rancangan melangkah keluar dari syarikat pada bulan Disember tahun ini. Pada masa ini, sedang berhempas-pulas menurunkan ilmu pengetahuan yang ada kepada pengganti. Dengan izin-Nya, saya akan bergerak di luar lingkungan korporat mulai tahun 2014. Saya akan bergelar pencari rezeki bebas dan akan mencari hala tuju baru dalam mengejar impian sejak azali. Menyumbang kepada misi memandaikan manusia dan bangsa melalui pena dan skrin.

Setelah satu dekad menjadi penerima gaji tetap setiap bulan, langkah ini memang menakutkan. Langsung tiada jaminan. Hanya berbekalkan simpanan hasil didikan orang tua sejak kecil untuk hidup di bawah kemampuan. Saya tidak risau berkenaan wang. Insya-Allah rezeki Tuhan ada di mana-mana.

Saya lebih cuak mengenangkan kekuatan dalaman diri. Semestinya saya akan lebih bergantung harap kepada-Nya supaya sentiasa bertabah dan sabar menempuh dugaan yang akan datang. Hadapi dengan senyuman dan yakin semua akan baik-baik saja, sesuai dengan niat ingin bahagia dan tenang dalam memandaikan manusia dan bangsa. Menurut konsep menanam saham akhirat dengan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran di dunia.

Saya tidak mahu lagi menangis kerana gagal mempertahankan diri dan terpaksa mengorbankan prinsip peribadi semata-mata untuk menyedapkan hati manusia pemerintah di atas. Sudah cukup sudah. It is no longer worth my body, mind and soul. I am reclaiming my self-esteem, my principles and my life.

Jangan salah sangka. Saya berada di mana saya berada sekarang atas nama cinta. Pilihan ini suka rela. Tapi manusia berubah. Keadaan berubah. Hati dan perasaan juga berubah. Sudah tiba masanya saya pergi dan apa yang sedang diperbaiki sekarang boleh diurus oleh seseorang yang baru dengan lebih baik.

Doakan saya dan rancangan saya ya. 😍

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s