It’s been seven hours and sixteen days….

….since you took my heart away…la la la la….laaaa….

(Siapa ingat lirik lagu kat atas ni lagu siapa? Pembayang: penyanyinya botak)

Sheesh. Dah hampir dua bulan aku tinggalkan kau, DH. Bukan setakat enam belas hari tujuh jam, tapi dah nak masuk enam PULUH hari. Gila. Maafkan aku ya? Aku hanyut lah. Hanyut dengan larian tikus-tikus mondok keparat yang memerah tenaga dan masa aku untuk kepentingan para aristokrat perniagaan. Kebuk tunai katanya. Tapi anak tiri di antara semua peliharaannya. Baru aku tahu, setelah sedekad mencari rezeki di sini. Cis.

Aku rupanya masih terlampau naif selepas sedekad. Jahil permainan catur kuasa dan perlawanan minda tajam para penggomol kapitalis pendapatan negara. 

Azam aku, tidak mahu lagi menjadi hamba permainan ini. Aku mahu menjadi pengawal kehidupan sendiri, dan mementingkan apa yang lebih penting daripada apa yang aku pentingkan sekarang.

Tanggung jawab? Aku menggalas tanggung jawab lebih besar di luar bangunan empat puluh empat tingkat berbentuk bujur ini. Aku hamba Yang Di Atas, anak, isteri, ipar, COO/CFO rumahku syurgaku. Takkan kerana satu bahagian hidup ini, yakni seorang pekerja, aku kerah diri sampai menggunakan lebih separuh daripada 24 jam yang Tuhan kurniakan kepada semua manusia? Bila pula aku hendak tumpukan perhatian kepada bahagian yang lain? 

Dan bila pula aku hendak mengasah bahagian diri aku, penulis?

Sesak. Sesak minda dan hati apa bila difikirkan. Tapi bila tidak difikirkan, sesak dada dan nafas. Keletihan. Hasil kerja yang sepatutnya digembirakan, jadi kosong. Rasa tiada makna.

Wallahua’lam.

Tuhan, aku mohon kekuatan dan dorongan dariMu, bagi menjalankan perkara yang aku sudah tahu perlu dibuat! Aku tidak mahu dilaknat kerana tidak membuat apa yang aku katakan 😦

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s