Pesta buku. Bila nak berubah status daripada pengunjung kepada peserta?

Dah lama tak berjaga selewat ini. Dah lama juga tak bersemangat menulis macam ini.

Seorang pengarang PB4kL2o12 yang aku temui dan ‘tangkap’ tanda tangannya semasa hari kurang orang di situ, dengan senang hati menjawab pertanyaanku berkenaan masa bila dia menulis.

Selalunya pagi-pagi, sebelum Subuh sekejap dan selepas Subuh terus hingga 9-10 pagi. Setiap hari. Kalau tak mengarang cerita pun, mesti mengarang di blog. Adik ada datang blog saya? Jenguk-jenguk lah, ada alamatnya di muka surat dedikasi setiap novel saya.

Oh, begitu. Kiranya aku ni dah masuk tahap pengarang blog tegar keras jugak la ni. Mau tak nya, dah nak masuk sedekad mengetuk-ngetuk papan kekunci memuntahkan rasa dan fikiran di layar skrin weblog. Bersama-sama entah berapa ramai rakan maya lain yang sampai sekarang masih setia, Alhamdulilllah 🙂

Aku sedang baca ‘tangkapan’ ketiga aku di pesta – Bersyukur Saat Diuji karya Prof MKI. Aduh. Berdenyut-denyut dahi, hidung, mata, hati dan jiwa. Hampir setiap ayat terkena dan mengkesimakan, kan….itu lah jadinya. Memang kalau tembakan dan tumbukan dari ayat-ayat tu kesannya literal, badan aku mungkin dah berlubang-lubang dan biru merah lebam.

Sudah la dua hari lepas memang secara harfiah dan literal menjadi superwoman. Jatuh tersembam di tempat letak kereta bawah tanah pejabat, sebab mata tak tenung betul-betul lantai simen yg berlubang lekuk. Natijahnya, sujud solatku di atas kerusi. Memang menginsafkan. Sendiri mahu ingat lah.

Aku sedang dalam fasa mengejutkan dan menyedarkan diri sendiri. Terlalu banyak lalai dan leka sekarang. Padahal zaman suka suki tak kisah kejadian keliling ni, dah berlalu. Aku perlu terus bersedia, sedar dan jaga. Setiap detik yang berlalu bermakna sedetik lagi mendekat ke arah kematian. Terlalu ciput bekalan yang ada untuk melangkah ke alam yang pasti tu.

Bak kata L4ks4m4na Sun4n dalam epik R4M – Mati itu pasti, hidup InsyaAllah….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s