Purple / Fuschia.

Tema Bouquet. Romantic much? Eh, ayat ala-ala retis.

Selamat datang April. Selamat datang Q2 2012. Selamat datang masa kini. Selamat tinggal masa lalu yang pergi tak kembali. Aku akan merindui yang telah pergi, tetapi yang berada di hadapan mata tetap dihargai dan disayangi.

(Eh, nyamuk ni bergelandangan di depan skrin. Nak kena bunuh? Dah puas hidup?)

Aku sedar, ramai yang rasa negara telah bergerak ke belakang bertapak-tapak bila keputusan dibuat untuk Matematik dan Sains kembali diajar dan dipelajari dalam bahasa ibunda. Macam-macam komen negatif dan merendah-rendahkan keputusan ini. Yang menyokong pasti dikritik hebat.

Secara peribadi, aku menyokong langkah ini kerana pada aku, cara melahirkan bangsa yang fasih berbahasa ialah dengan melatih bangsa berkomunikasi dengan bahasa yang dimahukan. Komunikasi ialah melalui penulisan, perbualan dan pembacaan sastera. Barulah bahasa itu berjiwa, dan kefasihannya indah didengar dan molek dipandang.

Nombor dan istilah, pada aku, ialah sesuatu yang fleksibel. Jika istilah matematik dan sains perlukan kepada istilah khas dalam satu bahasa, maka gunakanlah istilah itu sahaja dalam bahasa khas. Sedang orang Korea, Jepun, Cina, Jerman dan Perancis mampu maju di mata dunia dengan menguasai matematik dan sains dalam bahasa ibunda mereka, mengapa kita perlu asing? Mahu jadi pakar Bahasa Inggeris, belajarlah Bahasa Inggeris dengan betul. Belajarlah Sejarah, Geografi dan Pengajian Am dalam Bahasa Inggeris. Barulah dapat menguasai yang namanya ‘Bahasa’.

Sejak dulu lagi sebenarnya ini pandangan aku. Zaman aku, Sains dan Matematik belajar dalam BM semasa sekolah menengah. Masuk universiti, belajar dalam BI. Alhamdulillah, I made it. And a lot of my other friends made it as well. Because we learnt the language and applied it in situations. Terms are application of the language. You do not become proficient in English by learning Mathematical and Scientific terms in English. You become a proficient English speaker by conversing, reading and writing in English. The world now needs English-speaking people. Go figure.

Anyway, feel free to disagree with me. I would not hold it against you 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s