Lost and Found – Puisi 23 Julai 2006

Inilah aku saat ini

Aku mencari erti hidup sebagai hambaNya.

Aku mencari cinta.

Aku mencari bahagia.

Aku mencari teman.

Aku mencari dia yang apabila kutemui, aku akan tahu

yang itulah dia, Dia.

Sejuta kriteria

tidak akan mampu membawa sebarang makna

andai tiada detak hati

mengatakan itulah Dia.

Siapa aku ini?

Aku seorang yang sensitif.

Seorang yang tampak garang, namun rapuh hati.

Lidahku petah berbicara dan lantang bersuara,

namun mudah terasa.

Bibirku ramah tersenyum,

namun hatiku tega menangis.

Aku peminat citra cinta

misteri dan jenayah.

Aku benci pesimis.

Aku benci asap rokok.

Aku benci arak.

Aku benci kemarahan melampau.

Aku tidak suka merajuk.

Lantas aku tidak tahu memujuk.

Tapi akulah pendengar paling setia.

Akulah pemikul beban duka.

Akulah penceria suasana.

Aku ialah susur galur kontradiksi.

Aku istimewa.

Tapi aku juga insan biasa

punya hati dan jiwa

yang mahu bercinta.

—-

Tahanlah hati ini

moga tidak hanyut lemas

diamuk gelora cinta dunia.

Tenangkan jiwa ini

menamatkan perjuangan

destinasi ketiga.

Izinkanlah hambaMu

yang kerdil lemah ini

menggenggam bintang

yang mengerlip sepi

di langit tinggi!

It took five long years to get Dia. Alhamdulillah.

It is still who I am, figuring things out. Maybe some things no longer apply, some new things creep in and some old things creep out.

I did complete the third destination. Alhamdulillah.

I still have some years left in me, InsyaAllah, setakat mana Allah nak tetapkan usia aku. Semoga usia yang masih tinggal ini jadi tempat aku menyemai benih kebahagiaan abadi di akhirat kelak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s