Mental Unblock – Night 1

Ok, according to the tip from RD, I’m supposed to write in longhand 3 pages of whatever comes to mind, first thing in the morning. No editing, no second-guessing, just write. This is a tip to set afresh your creative thinking ability and sharpen the ability to bring out your thoughts upfront. In a nutshell, as per my entry title, this is my first attempt to unblock my mental block. Haha.

Nonetheless since I blog, and I don’t really open my blog first thing in the morning. Here’s the attempt on screen. I have no idea whether I’ll reach 3 pages (and I don’t even know how to detect whether I’ve typed 3 pages on a blog entry), but the point is to try yes? So here goes.

It’s been rainy today. For most of the day. And it’s really really great. Because I love rain, and I love the coolness that the rain brings forth. After it ends, of course. And what I wouldn’t do to have a big cushy single seat sofa by the window of my bedroom, so that I can curl on it with a good book and a large mug of coffee while watching and listening to the rain. Of course, I must make sure the rain is not the thunder-and-lightning type. Takut seh duduk tepi tingkap dengan petir kilat berdentum-dentum campur guruh.

Tapi mesti ada orang yang suka tengok dan kejar petir kilat kan? Kalau tak ada, takkan la ada program storm chaser kat discovery channel or national geographic tu. Itu la orang yang sukakan cabaran. Seronok bila tengok orang yang ada keghairahan mengejar sesuatu dalam hidup. Macam rasa hidup sendiri tu mundane sangat. Tapi biasa la manusia. The green is always greener on another person’s side. THAT has got to change. For me.

Sebabnya, aku tak kurang apa-apa setakat ni. Alhamdulillah. Semua cukup. Macam mana nak rasa semua cukup? Senang aje. Apa yang ada tu la yang mencukupkan kau. It’s a state of mind. It’s not a race to feel that what you have is enough. When you feel you don’t have enough, that’s when you enter into a race to complete what you don’t have. The thing is, what are you comparing your incompleteness with? Apa yang kau tak cukup tu, dan apa kayu ukurnya?

Kalau kau rasa kau tak cukup baik dan tak cukup lengkap amal ibadah kau di mata Tuhan, kemudian kau kejar nak baiki diri sendiri dan tinggikan diri sendiri pada ukuran Tuhan, kau berlumba dengan diri kau sendiri dengan penuh semangat, ALHAMDULILLAH.  Tanda aras kecukupan kau ialah pada redha Tuhan dan kayu ukur yang Tuhan dan Rasul bagi tu lah yang kau guna, maka kau akan sentiasa rasa cukup dan kau akan sentiasa dilengkapkan. Usaha dan penat lelah kau akan dibalas sewajarnya. Sebab kau kejar Tuhan kan. Dan Tuhan Maha Ada, Maha Cukup dan Maha Kaya. So of course la kau akan dapat apa yang kau kejar sebab yang kau kejar tu Maha Mampu Memberi apa yang kau nak!

TAPI….

Kalau kau kejar dunia, kejar manusia, kejar apa yang lebih pada diri manusia dan kau nak kelebihan tu pada kau jugak…tu yang masalah tu. Sebab manusia dan dunia ni kedekut dan tamak. Kedekut nak memberi dan tamak nak menerima. Dan bila kau bergantung kepada dunia dan manusia untuk dapat apa yang kau nak…habis la. Sebab dalam dunia dan manusia tu, lumrahnya sentiasa pentingkan diri sendiri dan sentiasa nak cukupkan diri sendiri dulu. Peduli dengan orang lain. So apa yang kau dapat? Ilek.

Orang yang kau nampak sentiasa membantu orang lain dan sentiasa cukup tu, kau tahu sebab apa? Sebab diorang tak bergantung kepada manusia dan dunia. Tapi diorang bergantung kepada Tuhan dan akhirat. So mereka dapat lebih dari apa yang mereka mahu, so dapat la mereka bantu orang lain yang memerlukan. Tuhan bantu diorang.

Jadi apa jalan paling logik nak jadi orang yang dapat lebih dari apa yang dicari, sampai boleh bantu orang lain? ‘Lu fikir la sendiri’, bak kata Nabil.

Aku nak berenti sekejap. Tunaikan kewajiban. Be right back.

(Oh yeah baby, things fly from my mind into the screen. Alhamdulillah.)

Back. After about 10 minutes.

Sekarang aku tengah blog sambil tengok ANTM: AS. Kalau korang layan SW 413/722 mesti tau la program apa ni. Program tayang body dan muka yang cantik. Cantik mekap.

Aku sedih gak bebila layan gaya bebudak kat laman-laman sosial sekarang. Keras. Kasar. Terjah sana sini. Kutuk mengutuk jadi perkara biasa dan diterima umum. Kalau yang salah sikit tu habis la kena belasah. Bersuara lantang dan deras menyuarakan betapa betulnya aku dan salahnya kamu tu perkara biasa.

Ok, so you want to be straightforward and clear and leave nothing to wrong interpretation. You are you, no one else matters and if I don’t agree with you, then I can get lost. I have a choice and you don’t have to listen to me.

Ho yeah. Whatever happens to compassion, subtlety and diplomacy? Where’s the tact? Where’s thinking with your mind and speaking from your heart? Why on earth are you thinking with your heart and speaking from your mind? It came out so crass, loud, tacky and not to mention rude.

Aku pelik sebab apa kita beria-ia sangat nak ikut contoh yang buruk-buruk dari luar. Bukan ke logiknya kau simpan yang baik-baik dalam diri kau dan ambik yang baik-baik dari luar? Ambik la ketepatan masa…pemikiran kreatif dan kritis yang logik….keberanian mengambil risiko yang berkemungkinan dapat pulangan tinggi…ketegasan bersuara untuk kebenaran dan kebajikan orang lain yang tidak berupaya…secara keseluruhannya, perkara yang baik-baik lah!

Jangan la buang ketimuran kita….pegang la kuat-kuat budi bahasa…kemanisan tutur kata…keikhlasan dalam membantu orang…kesantunan dalam menegur kesalahan…kekuatan setiakawan dalam membuat sesuatu…kepentingan dalam mengukuhkan ikatan kekeluargaan…semua tu baik kan? Kenapa kita korbankan yang baik dan ambik terus yang buruk-buruk dari luar?

Sigh. Banyaknya yang negatif dalam mental aku selama ni. Padan la susah sangat nak keluar ek? 😛

Ok, cukup dulu buat malam ni, I think. It’s about to come to 1000 words already. Because I need some words to close kan? Heheh.

I love writing. So there. Till the next mental unblock,  good night! 🙂

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s