OK, beria-ia tak tukar template,

tapi tu cerita semalam. Cerita petang ni, tukar lagi. Heheh. Sorry Ome, old habits die hard ๐Ÿ˜‰ Of course, now this changing habit applies to blog themes only ๐Ÿ˜›

Cuti empat hari yang menyegarkan minda (sebab tak fikir pasal ofis) dan meluruskan tulang belakang (sebab qadha’ tidur berjam-jam). Esok akan masuk balik rutin 9-6 dengan keazaman tinggi untuk kembali ke sesi mengeluarkan peluh secara harian. InsyaAllah dah dapat kawan nak pusing keliling taman key ell see see setiap Selasa dan Khamis. Semoga dipermudahkan. Tak ada apa-apa yang menghalang sebenarnya, melainkan suka hati sendiri rasa negatif. Padahal orang lain tak rasa apa pun, sendiri perasan. Berhentilah perasan yang orang kisah sangat pasal kita, teruskan apa yang baik dan tinggalkan apa yang buruk menurut landasan pegangan iman kita yach?

Empat hari cuti ni, banyak perkara yang aku fikirkan tentang hidup. Tentang mati. Tentang masa lalu, masa sekarang dan masa depan. Tentang dunia. Tentang akhirat. Macam-macam. Minda cuma berehat dari memikirkan tanggungjawab di pejabat kerana secara teknikalnya ini ialah cuti daripada kerja pejabat. Dalam masa yang sama tanggungjawab lain masih berjalan. Sebagai hamba Allah, isteri, anak, cucu, kawan, ‘musuh’ dan lain-lain.

Bila buat pemeriksaan/muhasabah diri, memang banyak yang kurang. Aku rasa kalau aku di tempat Encik Suami, mesti banyak perkara yang aku tak puas hati dan nak perbetulkan kat isteri yang seorang ni. Cuma sebagai yang sedar kepada keperluan perubahan, perkara pertama dalam nak berubah ialah keazaman dan kesabaran. Sebab nak berubah ni kerja yang sukar. More accurately, nak berubah ke arah yang lebih baik tu yang susah. (Nak berubah ke arah yang lebih buruk tu senang sangat!)

Banyak cabaran untuk berubah dari tahap lama ke tahap baru yang lebih baik. Jadi bukan sebarang orang dan sebarang cara boleh belasah nak berubah ke arah kebaikan ni. Ada tahapnya dan ada sistemnya. Dan paling paling penting ialah sabar. Sabar. Sabar.

Of course, I must prove that my parents are right in naming me ‘the patient one’ when I was born, yes?

Senang saja. Senang saja nak berubah. Perubahan, jika dialu-alukan dan disambut dengan penuh kasih sayang, akan menjadi satu kesenangan yang benar-benar membahagiakan. InsyaAllah. Usaha + Doa + Tawakkal = Perubahan Kekal Yang Berjaya.ย Amin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s