Tujuh bulan sebelas hari,

sejak Encik Suami melafazkan akad yang meletakkan aku di bawah tanggung jawab dia, sebagai sayap kiri dan peneman seumur hidup. Ada kala dalam keselesaan berdua, terlupa bagai mana rasanya seorang diri suatu masa dahulu.

Hujung minggu selalunya peluang aku memasak dan menyelesaikan urusan domestik. Beban kerja yang semakin berat membuat aku tidak betah balik awal. Walaupun antara keinginan tahun 2012 ini ialah mesti sampai di rumah sebelum maghrib. Buat masa ini belum berjaya 100%. Setakat 21 hari di dalam bulan Januari, mungkin tak sampai 5 kali aku sampai rumah semasa mata hari masih ada. Mujur Encik Suami pulang lebih lewat jadi tidak terasa sangat. Tapi dia balik awal petang dan keluar balik selepas Maghrib. Jadi ada rasa bersalah di situ (walaupun Encik Suami berkali-kali cakap, jangan rasa bersalah sebab dia faham. Hati dan perasaan ini degil tidak mahu dengar cakap suami.Heh.)

Anyway.

Lagu di bawah ini aku dengar pertama kali di Pantai Bagan Lalang semasa makan pagi bersama Encik Suami di sebuah warung yang sedap nasi lemak dan bihun gorengnya. Pasang utube di telefon bimbit, dengarkan seantero warung. Ada lah 3 meja lagi yang dapat menikmati lagu ini dengan cuaca pagi Ahad yang redup dan tenang.

Masa itu, hati aku rasa berbunga-bunga dengan keromantikan 😉

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s