Hahaha kelakar bongok la spammers ni.

Aku tengok WP comment spams. Yelah, dah lama tak update, yang tinggal jejak segala bot2 ni lah. Bijak la spam zaman sekarang. Siap translate ke BM/BI (Bahasa Indonesia) ! Semangat semangat…. tinggal nama pengirim jelah yang tentukan komen tu spam. Dan WP pun bijak gak letak terus dalam tong spampah. Haish. Macam-macam cara.

Sebenarnya aku malasssss sesangat sekarang ni nak bukak komputer lepas waktu pejabat. Aku lagi rela bukak buku cerita atau tivi. Natijahnya, bab-bab contoh aku pun tak bergerak-gerak la.

Tengah kena penyakit M. M A L A S. Penyakit ini sangat bahaya sebab ia adalah permulaan kepada penyakit-penyakit lain yang merosakkan masa kini dan masa depan.  Ubat penyakit malas ialah…(sambung sendiri ikut selera masing masing. Ha, kritikal kan tahap penyakit aku ni. Sampai ayat dalam blog pun tak teringin nak habiskan, suruh orang lain pulak.)

Anyway.

Sekejap je dah nak masuk hari ke lapan belas tahun baru. Apa yang kau orang dah selesaikan sepanjang tujuh belas hari atau empat ratus lapan jam yang sudah lepas? Dah lepas tau. Tak boleh pusing balik dah. Sudah tamat. Yang tinggal hanya saat ini dan mungkin minit ini. Jam seterusnya, belum tentu kita masih wujud.

Kesimpulannya, hargailah masa yang ada. Dan JANGAN MALAS-MALAS DAH! KAU BOLEH MATI BILA-BILA DARI SEKARANG!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s