Ok, nak redakan keroyanan di hari Jumaat yang mulia ini.

Bismillahirrahmanirrahim. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan daripadaNya semata-mata.

Ya Allah, hilangkanlah emosi marah dari dalam hati aku ni. Ya Allah, sejukkanlah kepanasan hati ni. Ya Allah, ampunilah dosa aku marah-marah pada hari terakhir aku mencari rezeki tahun ini. Ya Allah, aku lemah…kuatkanlah aku. Ya Allah, berilah aku kekuatan bagi memaafkan mereka yang melukakan hati aku.

Pertama kali sepanjang lapan tahun lebih aku kerja, apa yang aku anggap sebagai adab berbudi bahasa ada orang cakap ada orang lain akan pandang aku bodoh.

Hmm. Berhenti. Patah balik. Tengok balik ayat di atas. Jadi kenapa aku panas hati ni sebenarnya? Sebab cara aku akan ada orang lain pandang bodoh? (Itu macam ego je, macam aku je yang betul orang lain salah). Atau sebab aku terkejut bila ada orang yang pandang cara aku tu membodohkan diri sendiri? (Itu macam perasan je, selama ni aku pandai sangat ke?)

Sebab apa aku panas hati ni? Hmm…sebab…sebab…

Aku rasa, aku panas hati sebab aku mention perbualan aku dengan Insan A dalam email sebagai rujukan, dan pada pandangan Insan A, rujukan aku tu akan membuat aku nampak bodoh dan dia macam bagus.

Oh…ceritanya Insan A tak selesa dirujuk dalam email macam tu. Sebab dia tak selesa orang tahu dia menjadi pusat rujukan, nanti orang anggap dia macam pandai sangat. (Baru lepas memahami keadaan sebenar).

Haish. Macam-macam gaya pemikiran ada dalam dunia ni. Pada aku pulak, benda-benda yang aku tak tahu, aku akan belajar dengan orang yang tahu. Tak kisah la apa pangkat orang tu dalam organisasi ni. Sebab pengalaman dan pengetahuan ni bukan semata-mata berdasarkan posisi. Kalau kira posisi, CEO syarikat tu tak payah belajar apa-apa dah la, semua benda dia lagi tahu daripada anak-anak buah dia. Gitu ke?

Sejuk terus. Inilah gunanya berbincang. Jernihkan yang keruh. Fahamkan apa yang tak faham. Dapat tahu apa yang tidak tahu. InsyaAllah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s