Kejutan…suka atau tidak?

Topik malam ini dicadangkan oleh penjana topik automatik WP. Makin bagus WP sekarang dalam memenuhi kehendak pelanggan. Mereka sedar yang penulis blog juga menghadapi writer’s block! Hahaha…

Jadi…aku suka kejutan atau tidak?

Hmmm…aku akan suka kalau kejutan itu adalah sesuatu yang menggembirakan aku. Aku tidak suka kalau kejutan itu membawa kesedihan kepada aku. Dan melihat balik sejarah hidup aku…kejutan yang aku terima lebih banyak yang menyedihkan berbanding yang menggembirakan.

Contoh satu: satu tengahari Sabtu pada tahun 1998, di mana aku mendapat kejutan yang mengejutkan aku dari mimpi tujuh belas tahun bahawa keluarga aku adalah keluarga yang ideal. Lebih-lebih lagi kejutan itu sudah dua tiga minggu sebelumnya menyentap jiwa Emak. Kejutan yang sedih.

Contoh dua: hari natal 2006, Bapak telefon semasa aku sakan membeli-belah di kotasinga, sampaikan berita Emak masuk hospital dan dibedah sebab usus bengkak. Padahal dua hari sebelum tu Emak hantar aku naik bas. Kejutan yang dua kali ganda menyesakkan dada.

Contoh tiga: entah bila pada tahun 2007 (ke 2008?), apa yang aku cuba nafikan menjadi realiti yang menyakitkan. Kejutan kah? Sebenarnya tidak…tapi tidak gembira. Heheh.

Apapun…kejutan adakalanya perlu. Perlu bagi menyedarkan diri yang sudah tersasar jauh dalam kelalaian. Kejutan elektrik digunakan sebagai jalan akhir oleh pakar perubatan, bagi menggerakkan semula denyut nadi pesakit yang terhenti sebelum waktunya. Dan bagi pasangan yang berada di dalam fasa musim luruh/dingin, kejutan istimewa mungkin salah satu cara bagi menghangatkan semula gelora asmara!

Seronok juga bila berbual topik rawak begini. Mungkin kerawakan ini ubat kelelahan minda dan hati yang ideanya sekejap timbul sekejap tenggelam. Dan lebih menggembirakan aku, semalam aku baru membaca semula emel-emel lama dengan sahabat-sahabat lama yang masih tersimpan di inbox. Emel-emel yang berjela dan penuh isi kandungan cerita penglipurlara. Aku secara serius bertanya diri sendiri,  do I still have it in me to write like before; i.e. being able to write what I think appropriately, and putting it down in a manner that makes me satisfied as someone with an opinion to share?

Kesimpulannya setelah aku bercerita sedikit sebanyak berkenaan ‘kejutan’ ini? Yes, I still have it in me. Alhamdulillah.

🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s