Rona-Rona Merah,

ialah terjemahan langsung judul cakera padat instrumental yang sedang berkumandang melalui pembesar suara komputer bimbit saya pada waktu ini. Cakera padat komplimentari daripada R34d3r’s D1g3st, yang dilanggan secara setia dan berterusan oleh Emak tersayang. Sejuk juga telinga sesekali mendengar muzik instrumental. Tetapi pengemaskinian rak cakera padat pada malam tadi menghasilkan sepuluh cakera padat muzik instrumental. Nampaknya saya perlu membeli bekas penyimpan cakera padat yang baru. Atau kitar semula yang ada sahaja? Yang ada sudah penuh…hmmm…Kita lihat sahaja sebentar lagi šŸ™‚

Hari ini ialah hujung minggu yang agak menenangkan hati. Akhirnya saya berjaya selesaikan tugasan domestik mingguan, iaitu melipat baju, pada pagi Sabtu dan bukan malam Ahad. Letih juga minggu lepas mengerah tangan melipat tiga bakul besar, natijah menangguhkan kerja selama seminggu. Taubat tidak mahu diulang lagi!

Petang nanti Along, Angah dan Adam akan datang ‘melepak’ di rumah. Mungkin mereka seronok, ada rumah baru hendak dituju pada hujung minggu. Rumah saya ini memang ada tarikan buat anak-anak remaja. Khususnya, novel-novel yang memenuhi rak di dinding dan rancangan televisyen satelit 45tr0. Games di telefon bimbit pintar, jika bertuah dan Pak Andak mereka balik awal dari mengajar.

Cuma sekarang sedang berfikir: mahu masak apa? Ah, keluarkan sahaja organ-organ dalaman ayam dari peti sejuk beku sekarang!

Nampaknya dengan barang-barang yang perlu dicari, mungkin sesi bersenam yang dirancang perlu ditangguhkan ke hari esok atau dibatalkan terus untuk minggu ini. Sekali lagi, kita lihat nanti natijah pemikiran saya.

Kawan lama menjenguk dan tinggalkan komen di entri sebelum ini. Nampaknya seperti jodoh dia pun sudah sampai. Alhamdulillah. Tapi di mana saya hendak mengikuti perkembangan terbaru kawan yang satu ini? Blog lama semuanya seperti sudah senyap atau tutup!

Saya akan membuka semula Bab 1 Kembara Iman Sufi pada hari ini. Sudah terlalu lama ditinggalkan! Arghhh!

Advertisements

2 thoughts on “Rona-Rona Merah,

  1. Sudah penuh eikkk? Apa kata hantarkan saja sebahagian daripada cakera padat itu kepada Emak Tersayang eikkk?…hik hik…:D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s