Geram yang tak terluah.

Batuk aku sejak habis open street, dah 2 minggu tak sembuh lagi. Penat batuk keluar kahak yang degil ni. Tapi aku tak boleh mengadu kat status FB, sebab nanti yang respons semua anggap aku tengah tak sihat sebab bawak budak. Kalau betul la 100% yang aku tak sihat sebab pregnant, toksah risau nak sibuk-sibuk la, aku secara sukarela akan umum satu dunia kat situ. Stress bila orang make an ass out of u and me (assume). Doakan jelah aku cepat sihat, boleh tak? Doakan ajelah senyap-senyap aku mengandung, tapi tak payah cucuk-cucuk secara nyata dan maya. Sibuk pulak pegang-pegang perut aku yang memang dah buncit sejak azali ni bukan sebab bawak budak, faham? Macam mana nak bertenang kalau terpaksa dengar ayat-ayat houlier-than-thou on a daily basis. Kau tu bertuah melekat terus lepas bersanding, boleh la cakap banyak. Cuba kau jenis kena tunggu 5-10 tahun baru dapat anak, apa kau rasa bila asyik kena tanya je? Give me a break la. Give us a break. Tak sampai empat bulan lagi kahwin. We’re not rabbits.

Lagi satu, ada segelintir penghuni sebelah rumah ni dah mula melampau-lampau parking kereta suka hati mak bapak dia. Memang depan pagar dia tapi berlagak panjang sangat kereta tu sampai dekat sangat dengan kawasan pagar rumah yang aku duduk. Lepas tu letak gak kereta bertentang pagar rumah aku, elok side parking tapi ke tengah jalan sangat. Aku yang nak pusing masuk pagar rumah yang terpaksa reverse 2-3 kali baru ngam masuk elok. Macam orang asing, bukan tuan rumah tu. Akai kat kepala tu letak kat mana, kat kepala lutut kot?

Dah bertahun duduk berjiran, bukan tak tahu aku jenis panik sikit bila kena masukkan kereta through small space. Dia bukan tak ada ruang kat belah lagi satu, bertimbang rasa lah. Apsal kawasan luar pagar rumah aku jugak yang korang kacau? Karang kalau aku langgar je belakang kereta kau tu untuk masuk rumah aku, tak kisah jugak ke? Mementang aku senyap je, senyum je…korang ambik kesempatan. Aku fikirkan laki aku tu orang baru kat sini dengan mak bapak aku orang lama kat sini, aku buat senyum lagi. Tapi letak diri kau dalam keadaan aku boleh? Aku kacau korang ke? Aku ada kurang ajar ke dengan korang selama ni, yang korang tak pasal-pasal belagak kurang ajar dengan aku?

BENGANG! AKU BENGANG!!!

Advertisements

4 thoughts on “Geram yang tak terluah.

  1. oh my god! you’re not effin like rabbitz sab???? we should!!!!! thats their expectations of us lol

    sorry ;p

  2. lol! ada org lagi stress with me. asal jumpa je i hv all the symptoms of a preggy woman BUT not pregnant LOL!

    next time orang pegang perut, ask them to rub & make a wish if they ask why? jwb je incase a jin come out & grant their wish lol

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s