Apa pilihan yang kau ada bila kau dengar…

…seorang budak yang umurnya 5 tahun, bersuara seperti ayat di bawah, membalas bebelan ibunya yang memberi amaran supaya meletak balik barang yang diambil di tempat yang sepatutnya?

“Mak ni batak la…”

Dan dalam beberapa milisaat semasa kau cuba mencerna kepelikan ayat tu dalam kepala kau – sebab kau dibesarkan dalam era di mana pengeluaran ayat begitu daripada mulut seorang anak kepada orang tuanya dinilai sebagai kebiadapan tahap langit ketujuh – kau terdengar pula balasan dari mulut si ibu:

“Mak ke kau yang batak sebenarnya?!”

Aduh. Mesin pencernaan otak aku terus beku. Kalau lampu di dada Ultraman tu terus dia berkelip-kelip merah. Renjatan dalam diri umpama Superman disua Kryptonite. Reaksi yang sepatutnya spontan terluah, terus tersangkut macam sampah sarap tersangkut di celah-celah penutup besi parit sewaktu hujan lebat.

Memang sejak azali lagi aku diingatkan, secara literal dan figuratif, bahawasanya insan-insan cilik ini telinga mereka kurang mendengar suara tetapi mata mereka tajam melihat. Jadi kalau anak kencing berlari, tilik dulu diri sendiri. Mungkinkah dia ada ternampak kita kencing berdiri?

Sungguh aku mohon perlindunganMu daripada memperlihatkan yang tidak elok bila berhadapan dengan para sang cilik dalam hidupku ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s