Aduh, bergegar rasa otak… :-(

Buat muka cembeng kat tajuk. Sebab lebih kurang sejam yang lepas, kepala terhantuk ke sinki basuh tangan kat tepi meja makan Mak. Sebab terus bangun dari cangkungan selepas cabut palam komputer riba kat extension cord  di lantai, tanpa usul periksa. Tanpa amaran jugak la tempurung kepala aku bercium dengan buntut sinki merah kontemporari tu dengan kelajuan 100km/j (kalau dibanding dengan kelajuan kereta la kan).

Damn… nampak bintang sekejap. Lepas tu aku tertanya-tanya (macam pertanyaan aku kat status FB): adakah dengan gegaran mengejut ni, idea dalam minda aku akan melimpah-ruah keluar macam paip tepi jalan raya yang pecah akibat dilanggar roda traktor?

Sekarang, semestinya the worrywart in me starts wondering if I should go and get a head scan at the clinic tomorrow. Why oh why am I seemingly obsessed with having a drama in my head? Am I so bored with the reality that I need to create an imaginary world in my alternate view?

Ada gak faedahnya kalau aku mencipta dunia dalam kepala aku di mana aku bertubuh badan saiz M dan berat ideal 50 kilogram; seorang penulis novel yang menyelesaikan dan menerbitkan 2 novel setahun, setiap satunya dicetak sampai 10 edisi sebab laku panas macam pisang goreng di petang Ahad; bersuamikan seorang ustaz Imam Dewasa yang mempunyai rangkaian Maahad Tahfiz dan Sekolah Tajwid seluruh negara dan sedang dalam proses perjanjian mengembangkan sayap ke negara jiran; ada sepasang anak kembar lelaki dan perempuan yang cerah macam Abi mereka dan genius dalam bidang yang mereka pilih, laksana Umi mereka; dan ada cukup untuk keperluan hidup dan membantu mereka yang memerlukan di rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua dan pusat pemulihan akhlak untuk membawa kembali mereka yang terlajak, ke jalan yang lurus.

Ada jugak faedahnya kan bila kita  ciptakan hidup yang kita nak, dalam minda kita? Sebab apa yang kita sentiasa fikir akan muncul dalam hidup kita sooner or later, InsyaAllah. Jadi apa faedahnya memikirkan kesukaran dan kesusahan, kalau apa yang kita mahu datang dalam hidup kita ialah kemudahan dan kesenangan?

Hati, ubatlah…

Ah. Selamat Hari Guru, wahai para pendidik. Terima kasih. Kalian yang terbaik dan moga kenangan dan doa ini, salah satu lorong kecil yang membuka jalan kalian semua ke syurga.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s