Memula ingat nak bukak FB,

tapi lepas tu aku ambik keputusan untuk menaip kat sini. Yang dah lama ditinggalkan. Sekali lagi.

Maaf….maaf wahai tempat meluahkan perasaanku tersayang. Kau yang masih setia menanti dan menyambut aku setiap kali aku tunduk segan-segan kembali, mengasah kemahiran yang tenggelam timbul ini. Kau yang tidak bersuara atau memandang sinis untuk menghakimi aku – bertentangan betul dengan fikiran jahat aku sendiri. Entah berapa lama yang aku perlukan untuk betul-betul percaya kemampuan dan kebenaran dalam diri ini. Entah berapa lama juga aku perlu untuk  membasuh otak yang dah dicemari dek fikiran jahat yang sentiasa menjerit mengatakan “kau tak boleh! Kau tak pandai menulis! Kau tak boleh habiskan apa yang kau mulakan! Dan kalau pun kau habis menulis dan kau terbitkan tulisan kau tu, kau tak akan dapat duit yang sebanyak bulan-bulan macam yang kau dapat kat pusat penyeksaan tu sekarang!”

Macam la melimpah-ruah pun gaji bulanan tu sekarang kan? Opss. Jangan salah sangka. Aku bukan komplen gaji sekarang tak cukup. Alhamdulillah, lebih dari cukup. Boleh tolong diri sendiri dan orang lain InsyaAllah. Tapi tahap ketetapan dan kestabilan sumber kewangan tu datang, secara paradoksnya membuat aku selesa dan takut berubah dalam masa yang sama.

Jadi takut mengambil risiko. Jadi takut bergerak ke jalan yang tak ramai orang lalu, sebab takut nak meredah semak-samun yang perlu ditebas untuk terangkan jalan tu supaya lebih selesa dilalui oleh diri sendiri dan orang lain pada masa hadapan. Takut berakit-rakit dahulu sebelum berenang-renang ke tepian, sebab takut rakit patah dan hanyut dek arus deras.

Sejak bila aku dibesarkan jadi penakut macam ni? Tak ke Mak dan Bapak ajar aku hidup biar jadi orang? *Garu kepala*

Malam semalam Bos hantar SMS bom. Kalau aku ada pilihan, aku nak pindah ke bawah pentadbiran baru Akademi Syarikat atau kekal dalam bahagian Sumber Manusia Syarikat? Dan kenapa aku buat pilihan tu?

Sampai sekarang aku memilih untuk tak jawab soalan tu. Sebab pertama: aku dalam proses melatih balik otak aku untuk compartmentalize my work and home life, so I can recharge and be back at work with fresh ideas during work days. Sebab kedua: aku tak tau nak jawab macam mana, bab ‘kenapa’ tu sebenarnya. Hahaha.

Dalam 26 hari yang tinggal dalam perancangan menuju hidup baru ni, aku disedarkan lagi bahawa selagi kita masih hidup, kepala kita tak akan berhenti berfikir dan hati kita tak akan berhenti merasa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s