Sukar vs. Senang

Jadi anak tunggal, sukarnya bila semua jatuh ke bahu kita tanpa kompromi. Senangnya bila semua ke kita, tiada alasan dan tiada perlu mengharap kepada sesiapa. Tak perlu jaga hati atau terasa hati dengan darah daging sendiri.

Yang jadi orang dewasa, sukarnya bila semua kena jadi kuat, tabah dan keras hati. Tak ada masa dan peluang untuk rebah dan meratap sebab tak ada sapa yang akan layan kita. Senangnya bila kita mampu buat keputusan sendiri dan buat apa yang kita rasa perlu, tanpa perlu kebenaran dan permisi orang lain macam budak-budak. (Eh, tak juga kan. Kadangkala kita masih dilayan macam budak-budak walaupun dah membuktikan yang kita mampu dilayan macam orang dewasa).

Senang cakap, hidup ni ada sukar dan senang dia. Itu lah asam garam menjadi manusia. Yang penting kita tahu sebab apa kita dilahirkan, apa yang penting dalam hidup kita dan ke mana akhirnya kita akan pergi. Bila kita tahu 3 perkara tu, InsyaAllah kita akan mampu hidup dengan tenang, aman dan damai.

Jangan fikir aku mentarbiah sesiapa. Kalau korang nak ambik iktibar dan rasa kata-kata aku ni benar, Alhamdulillah ambil la buat panduan. Kalau kata-kata aku ni salah, tegur lah tapi jangan paksa aku ikut apa yang korang rasa betul. Aku sekarang ni lebih kepada nak mengingatkan dan membetulkan dan meyakinkan diri sendiri. Sebab kenyataannya menjadi seorang dewasa sangat sukar. Tapi Allah takkan membebani seseorang melebihi kemampuannya, dan tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah semata-mata.

Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan. Amin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s