Alhamdulillah.

Fasa pertama dah selesai 5 hari yang lalu. Selamat aku bergelar Ms. Fiancee kepada Encik R. Fasa kedua dan permulaan sebenar untuk komitmen sepanjang hayat, InsyaAllah pertengahan tahun ini.

Rasanya pelik tapi menguja. Boss di tempat kerja pun dah komen cakap aku kelihatanlebih rileks. Hmm…tak sangka la pulak stress level aku sangat obvious sebulan dua sebelum ni. Huhu.

Anyway. Cukuplah dulu bercerita pasal status perhubungan ni. Nak terus terawang-awang sampai ke langit sembilan pun, baru kena chup. Belum pasti lagi walaupun rancangannya pasti. Lagipun pihak yang menerima haruslah jangan lebih sudu dari kuah berbanding pihak yang memberi, tak gitu?

Aku dalam proses membaca buku kontroversi Itu sekarang. Ye, buku Itu, yang sama huruf pangkalnya dengan perkataan ‘Itu’ tu. Heh. Sebenarnya aku dah ada buku Itu sejak tahun 1997. Buku tu hadiah kemenangan sebagai johan pesta pantun peringkat daerah. Tapi sebagai budak berumur 17 tahun, setinggi manalah tahap kefahaman dan apresiasi aku tentang naskhah sastera ni? Lagi pulak sibuk nak ambik SPM masa tu katanya. Tapi sebagai pecinta buku, aku simpan juga buku tu bersama-sama deretan buku lain kat almari rumah.

Siapa sangka, 13 tahun selepas jadi pemilik buku tu, baru aku ada keperluan untuk membuka dan membaca isinya? Siapa sangka juga, buku tu dijadikan teks pembelajaran sekolah menengah untuk SPM dan menaikkan kemarahan hebat kaum kepada salah satu watak protagonis cerita?

Rasis? Menghina dan terhina? Kalau nak fikir ke hala istilah-istilah yang berkonotasi negatif macam tu, aku rasa aku yang patut lagi rasa macam tu bebanding ‘mereka’. Punya la awal-awal buku dah kena pelangkung batang hidung sebijik-sebijik macam mana keturunan aku obses kepada pawang bomoh dan perubatan mistik, merendahkan kepentingan pendidikan, taksub tak tentu hala pada agama sampai lupa dunia…kalau budak-budak sekarang baca buku tu, mesti rasa whadda??

Tapi aku tak rasa terhina pun. Sebab apa?

As bad as it sounds, those are the facts and part and parcel of our country’s history. It’s a matter of understanding what, why and how the situations occurred as described in the book. It is also an opportunity for the readers to discuss and implement improvements of the situations if it is still occurring now. It’s about understanding the basis of s0c1al c0ntract, and how we can move forward on things that need to be moved forward. And how we can retain those things that need to be retained.

Kesimpulan yang aku dapat buat dalam sedikit mukasurat yang dah aku baca, buku Itu faedahnya ialah untuk mendidik pembacanya berfikir dan memahami. Bukan untuk dilatah dan dilenting dan disensitifkan tentang isu-isu perkauman. Apapun motif dan agenda pihak yang memilih, pihak yang membantah dan pihak yang bakal membuat keputusan, takde maknanya kalian nak saman-menyaman pasal tulisan yang dah bercetak berpuluh tahun yang lalu dan menceritakan keadaan zaman dulu.  Ini untuk pengajaran. Fikir. Faham. Belajar. Namanya pun teks sekolah.

Bukan ke pergi sekolah untuk belajar? Apa kamu tak mahu generasi muda belajar berfikir? Kamu cuma nak buang duit untuk bayar pasukan pendakwaraya dan peguambela, padahal banyak lagi kes jenayah kat luar sana yang perlukan khidmat mereka? Di mana keutamaan kamu ni?

Advertisements

3 thoughts on “Alhamdulillah.

  1. Ome,

    Trimas 😀 update kat FB sudah gegambar…ni mesti dah lama tak nampak my news feed 😉 Tolong doakan yang terbaik dan selamat semuanya… 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s